Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Tuesday, April 25, 2017

2017..Tahun tak menang tangan

Assalamualaikum semua..seperti biasa, saya tak menang tangan nak update blog ni..mohon semua layari FB saya : Aida Yazid atau instagram saya : yazid_powergold
Dalam tu banyak saya kongsi berkaitan pelaburan/simpanan emas terutamanya Powergold. Jumpa di sana...

Wednesday, February 1, 2017

Harga Produk Powergold Hari ini

Assalamualaikum semua..hari ni saya nak update harga produk Powergold..boleh refer di bawah...murah kalau jadi ahli..meh daftar dengan saya..


Tuesday, January 31, 2017

Kelahiran Stokis Powergold

Assalamulaikum dan salam sejahtera...saya nak hapdet blog di awal Januari 2017 yang tak berapa awal sangat..hahaha..sebelum tu saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua pembaca Aidayazid khususnya..semoga azam tahun lepas tercapai..kalau tak tercapai jugak, postpone tahun nie..ngeh3x...

Pada 29 hb Jan lepas, saya dengan rasminya telah mendaftar sebagai Stokis Powergold. So sekarang dah boleh berniaga emas secara online atau offline. Sebenarnya nak join sebagai ahli jer, niat di hati nak menabung goldbar, bila menabung duit cash ni manjang je korek tabung balik...untuk mengekang diri dari sifat suka korek tabung, inilah jawapannya..tukarkan simpanan dalam bentuk emas. Rasanya tak payah le kot nak cerita Powergold tu apa, rata2 semua blog berkaitan powergold adalah benda yang sama. Jadi semua pembaca boleh tanya pakcik Google apakah itu Powergold. Meh sini nak letak gambau ckit :

Ni Flyers dia...
 Ni Produk dia


Kenapa saya pilih powergold?...sebab konsep yang mudah, senang dan santai. Kaedah Saving kalau nak menyimpan, Kaedah Trading jika nak berniaga atau Kaedah Networking jika suka mencari kawan2 yang nak menyimpan emas. Tak perlu buat semua, simpan saja pun dah untung, sebab daftar jadi ahli, dapat beli harga ahli..daftar jadi stokis, dapat beli harga stokis. Trading?, lagi untung..beli harga ahli/stokis..jual harga market. Networking lagi best..downline yang beli, kita sebagai upline pon dapat bonus.....macam kat flyers atas tu.."BELI EMAS UNTUNG, SIMPAN EMAS UNTUNG, JUAL EMAS LAGI UNTUNG"..

Pada yang nak join Powergold, boleh hubungi saya Mohd Yazid 013-6024689 (Whatsapp) atau visit my IG yazid_powergold. Borak2 dulu pon takpe..saya bukan reti nak paksa2 orang ni...yang tak cukup modal nak daftar pon In Sha Allah kita boleh adjust2...kalau tuan2 dari kawasan Banting / Klang / Kuala Langat lagi bagus..boleh jumpa2 minum2..

Apa2pon doakan saya berjaya dalam bidang  perniagaan emas ini. Hingga jumpa lagi dengan hapdet2 terbaru..Assalamualaikum..

Friday, December 30, 2016

Good Bye 2016, Welcome 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...macam biasa , saya mohon maaf sebab lama tak hapdet..biasa ler, hujung2 tahun nie busy..tapi apa2 pun saya nak hapdet untuk kali terakhir sebelum kita menerjah ke tahun 2017 yang makin mencabar ni.

1. Perniagaan aiskrim choki2 terlajak laku..sampai hari2 kena buat. masalah yang timbul ialah pemilihan peti ais yang kurang sesuai..kalau nak buat aiskrim / air batu, pilih peti ais jenis ada air batu yg menempel kat dinding ruang beku tu (cemana nak cakap ek??)..kalau pakai peti ais yang cool blower tu, memang lambat nak beku. Kes saya ni, malam letak dalam peti ais, kekadang esok petang baru betul2 beku. itu pun bergantung pada kuantiti batang aiskrim yang dimasukkan. So sapa2 yang nak mula berniaga aiskrim choki2 / aiskrim Malaysia, pastikan peti ais anda adalah sesuai. Sekarang ni student tengah cuti, jadi stop dulu.

2. Pada 20/11, isteri saya telah mengalami kemalangan motorsikal sehingga dimasukkan ke dalam ward kerana patah tulang selangka. Kos ward dan pembedahan untuk memasukkan besi adalah RM 17400.25 ( Ringgit Malaysia Tujuh Belas Ribu Empat Ratus dan Dua Puluh Lima Sen Sahaja). Yer..anda tak salah baca dan saya tak salah tulis. Ini kos rawatan di KPJ Klang.😄..Alhamdulillah, mujur ada Prudential....pihak insuran menanggung lebih kurang RM16000 dan baki adalah tanggungan saya. Di sini terbuktilah betapa bergunanya insuran sebab kita tidak tahu "bila" kita akan mengalami kesusahan. Jadi yang belum ada insuran, saya cadangkan beli insuran.

3. Disebabkan isteri tengah cuti sakit di rumah, maka banyak masa terluang. Dia dengan bosannya terus "termasuk" dalam group Whatsapps jualan di sekitar Banting ini. Tetiba rezeki bergolek, ada yang sudi menawarkan perniagaan dropship telekung dan juga tudung. Malam tadi sahaja dapat ambil stok dan hantar terus pada pembeli. Alhamdulillah..sakit2 pon duit masyuk. Kalau ada yang nak lihat contoh tudung2 lawa macam Neelofar atau telekung solat, boleh Whatapps Pn. Aida 013-6024698 untuk gambar.

4.Anak sulung berjaya merangkul 10A dalam PT3..huhu..Alhamdulillah.

5. Sempena akhir tahun ni, saya sebagai blogger aidayazid memohon maaf jika terdapat salah dan silap didalam perkongsian ilmu dan pengetahuan dalam blog alam maya ini. Semoga tahun baru 2017 akan memberikan satu sinar baru kepada kita semua Amin. Saya juga dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang emas pulak. In sha Allah, tahun depan saya hapdet.

Selamat Tahun Baru 2017

Wednesday, September 7, 2016

salam kembali

Assalamualaikum semua...saya mohon maaf sebab lama sangat menyepi..haha..terlupa yg saya ada blog rupanya....walaupun tak ramai baca,tapi ada ler jugak yg singgah2...ok, kali ni nak bgtau yang saya dah start balik bisnes walaupun aritu cakap tanak wat bisnes utk tahun 2016 ni..maklum ler...dasar usahawan ni memang tak reti duduk diam..hehehe..bisnes yang paling ringkas, modal kecil dan target sediaada..iaitu...bisnes Aiskrim Malaysia Perisa Choki-Choki..mesti semua tau bagaimana ghupenya benda alah ni...disamping boleh menjana pendapatan walau tak banyak, anak kat rumah pun seronok dapat kad Boboiboy...kalau saya tengah gelek choki2 tu..datang ler dia congok dok tepi..tunggu kad choki2..hehehe..alhamdulillah, setakat ni paling banyak saya dapat jual sehari ialah 85 batang..dan tak pernah tak habis jual..kalau sehari dapat jual at least 30 batang, hasil jualan RM15 (sebatang rm0.50 je)..kalau seminggu dah RM75..sebulan dah RM300..lagi banyak jual,lagi banyak untung...ingat,biar untung kecik, tapi selalu....nampak simple..tapi memang simple..alhamdulillah, aiskrim ni senang jual..duit senang cair...bila time abih kerja jer, seronok kira duit kertas ngan syiling..dan duit "sentiasa" ada kat tangan..takyah risau2 dah..

Cara buat senang je..Google..:) cuma teknik je lain2..ada yang lurutkan coklat choki2 tu, tapi saya gelek pakai kayu bulat canai doh roti tu...kalau nak siapkan setakat 40 batang tu amik masa 20 minit je berbanding lurutkan pakai belakang sudu...

Apa2pon..bisnes kecik ni boleh jadi besar kalau target kita besar...pelanggan saya cuma student2 saya je..kalau niaga depan sekolah lagi le mantap...so, sapa2 yg masih mencari idea nak bisnes mudah & murah..boleh cuba jual Aiskrim Malaysia...kalau pandai wat perisa lain lagi bagus, saya cuma buat choki2 je sebab 1 opis ni ada 3 tokey aiskrim malaysia..mujur department lain2...kalau korang boleh jual kat opis,,letak dalam tong putih..tepi letak tabung..tinggalkan kat pantry...abih kerja, amik duit..

Ok semua..selamat berniaga..jangan lupa bersedekah..Wassalam...

Monday, May 25, 2015

salam bertemu kembali

assalamualaikum semua..maaf lama sangat tak update blog nie..bz sangat2..hehe...nanti saya update balik yer...tunggu...

Thursday, March 13, 2014

Dah bulan Mac...penat

Assalamualaikum dan salam sejahtera....sejak awal tahun hingga hari ini, kerja hakiki sebagai seorang pengajar terlalu banyak sehingga tiada masa untuk mengemaskini blog ini...saya mohon maaf jika tidak berkesempatan membalas email tuan2 dan puan2..di sini saya ringkaskan apa yang terjadi pada saya dan MYCC Enterprise..

1) Berikutan kerosakan dapur goreng ayam, perniagaan ayam gunting dihentikan (tak pasti sementara waktu atau selamanya..huhuhu). Masalahnya pihak pembekal tidak menjual dapur itu sahaja, kalau nak beli, kena beli pakej sekali and it's almost RM3500 (harga sekarang)..Berikutan kadar penjualan yang makin menurun dan juga harga ayam gunting yang perlu diselaraskan kepada RM6.50 sekeping membuatkan pelanggan mula berfikir 2 kali untuk membeli. Penat gak buka gerai kalau sehari dapat jual 3 keping jer..huhu..so better stop for a while to focus another bizz...

2) Anakanda yang sulung telah berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR tahun lepas, maka tahun ini dah masuk sekolah menengah....bila sekolah menengah, sesi petang. Yang bongsu pulak dah masuk Pra-sekolah 5 tahun..jadi bergilir2 lah ambil dan hantar anak.....usia saya banyak dihabiskan di dalam kerata kancil yang semakin menunjukkan simptom2 tidak sihat....penat dowh..!..

3) Rumah baru yang di beli dianggarkan siap diduduki pada hujung bulan ini (Mac), maka kena berhabis pulak untuk buat Grille, lampu/kipas dan sebagainya...mau 2k-3k jugak nak pakai....gaji yang ada telah dicantas untuk bayaran rumah sedangkan rumah belum siap. Kerajaan telah mengubah sistem dimana kalau dulu, beli rumah dah siap dapat kunci, baru potongan gaji dijalankan..skang tidak lagi...pahat tengah berbunyi, gaji dah cantas...mujur duit kerusi boleh back-up..rasa cukup2 jer...duit minyak kereta lagi,...harap2 ngam2 ujung bulan 4 dah boleh masuk rumah baru, save RM300 dari bayar duit rumah sewa...skang ni selang-seli naik motor Kriss 14 tahun tu wat g hantar anak...best gak,RM6 tahan seminggu..hehe

4) Masih dalam perancangan membeli motorsikal baru,Khamis lepas siap bawa Mama Aida g Easy One Bikers Kota Kemuning untuk melihat fizikal Keeway Tx200..malangnya makhluk ala2 scramler tu takdak...yang ada Nimota Ranger X7 ngan Nimota CK9R....Ranger tu bapak tinggi, tak sampai walau sebelah kaki, maklum ler..saya ni shady jer..yang CK9R tu cantek...thanks to Atikah, sales person yang peramah dan pemilik CK9R sendiri..macam2 soalan saya tanya dari segi penggunaan minyak, sparepart dan sebagainya..boleh masuk didalam senarai motor idaman...sekarang tengah mengintai Demak DZM 200 yang di salin dari model UM Xtreet 200...cantik gak,..nak tau rupa cemana,g jenguk mudah.my.....

5) 15hb 3 adalah hari latihan untuk hapgred lesen kepada B Full....so Sabtu ni gi latihan bawak virago 535...ujian ngan JPJ pada 20/3 (Khamis)..doakan saya berjaya dalam ujian tersebut dan memiliki lesen B Full...boleh bawak superbike walaupon xbeli motor lagi..hehehe..

itu lah tadi sedikit laporan berkaitan saya dan MYCC...hingga jumpa lagi...panjatkan doa utk penumpang pesawat MH370 masih misteri...assalamualaikum