Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Wednesday, December 22, 2010

PNB isytihar dividen ASB 7.50 sen, bonus 1.25 sen

2010/12/21

KUALA LUMPUR: Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen lebih tinggi 7.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2007, iaitu lebih tinggi daripada 7.30 sen yang diisytiharkan pada tahun lalu.

Pemegang unit seramai 7.04 juta, yang kini memegang lebih 82.72 bilion unit ASB, akan turut menerima bonus 1.25

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata bahagian agihan pendapatan itu melibatkan pembayaran keseluruhan RM5.93 bilion dan RM603.34 juta bagi bahagian bonus.
Sehingga Jumaat lalu, katanya skim itu mencatatkan pendapatan kasar RM6.58 bilion.

"Pendapatan dividen dari syarikat penerima pelaburan menyumbang RM3.27 bilion atau 50 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.78 bilion atau 42 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis pengumuman dividen itu di sini.

Sementara itu, baki pendapatan 8.0 peratus atau RM0.53 bilion diperolehi daripada pelaburan di dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata perolehan ASB tahun ini disokong oleh peningkatan sumbangan dividen anak-anak syarikatnya terutama Malayan Banking Bhd (Maybank), iaitu sebanyak 55 sen berbanding 8.0 sen tahun sebelumnya.
Sumbangan dividen daripada Sime Darby Bhd pula menyusut kepada 10 sen daripada 20.3 sen pada 2009.

"Dari segi pendapatan tahun lepas, dividen adalah kurang daripada 50 peratus, tetapi tahun ini kita dapat mencapai 50 peratus hasil daripada pulangan dividen daripada syarikat-syarikat yang kita labur.

"Prestasi tahun ini agak bernasib baik walau pun Sime Darby membayar kurang daripada tahun lalu tetapi kita mendapat dividen yang tinggi daripada Maybank yang telah beransur pulih," katanya.

Ditanya mengenai prestasi Sime Darby yang kini menyusut, Hamad Kama Piah berkata, "Kita sentiasa mengharapkan prestasi syarikat-syarikat kita akan bertambah baik. Kalau kita lihat prestasi Sime Darby sendiri mereka telah menganggarkan keadaan akan lebih baik pada masa hadapan dan kita harapkan ini dapat membantu kita mendapat pulangan yang lebih baik." - BERNAMA


aidayazid : Alhamdulillah...PNB telah mengisytiharkan Dividen dan Bonus ASB...sapa2 yang dah mula melabur dalam ASB tu harus bersyukur kerana ASB masih lagi logik untuk menjadi platform pelaburan yang  berisiko rendah (mungkin zero risk)..Pagi tadi sahaja semasa breakfast, sempat saya mengucapkan tahniah kepada kawan sepejabat saya yang telah melabur dalam ASB sebanyak RM90K pada bulan 10 lepas...sekurang2nya dapat juga dividen dan bonus lebih kurang dalam RM1.7K...bukannya susah, just biarkan sahaja dalam ASB tu..kepada semua, mulakan menabung ASB tahun depan tau!!...lagi cepat melabur, lagi cepat ASB maksima...baru syok!!

Monday, December 13, 2010

Minyak & Gula Naik!!!

tengok tarikh betul2....
pendapat anda ?
Salam semua...berita nie pun dah heboh 2 minggu lepas, cuma masa tu saya bz sangat ngan budak2 exam..so hari ni baru sempat kupas. masa minyak naik tu pun saya tak perasan, cuma masa isi minyak kereta nak balik kampung, terperasan harga petrol seliter yang tertera kat petrol pam tu ialah RM1.90..terus tanya isteri.."minyak naik ker?..naper dia tulis RM1.90, bukan RM1.85 ker?"...isteri pun tak perasan, katanya esok je lah cari surat khabar..kot2 ada berita harga minyak baru...tapi yang tak bestnya, isi minyak RM30 dapat 15.78 liter jer..dari lampu warning menyala, naik tak sampai separuh..selalu lebih dari setengah..jangan le gelak saya isi RM30 jer..keta jimat minyak woo..bleh lenjan lebih dari 150km......keesoknya bertaburlah maki hamun dalam Metro, rakyat bising dengan kerajaan sebab pernah keluar paper kata harga minyak petrol takkan naik tahun ni...ini belum habih 2010 dah naik!!..aper cer???...ntah2 tahun depan naik lagi? ker RON95 akan dihentikan jualannya?..berdoalah..

Disebalik cerita minyak naik ni, ader cerita lain pulak..perasan tak Petronas dan Shell berlumba2 wat pertandingan...hadiahnya lumayan gila..itu adalah keuntungan syarikat dan ini membuktikan syarikat minyak gergasi ini telah buat duit gila2, tapi kita lak gila2 berlumba nak isi minyak konon2 nak menang, macam ler awak sorang nak menang..he.he.he...takder menangnyer dek oii!!...dulu saya pernah dapat email ajak boikit Shell ngan Petronas, sebab syarikat gergasi ni yang control harga minyak Malaysia...kalaulah semua pemandu pakat2 isi minyak Caltex ngan Esso Mobil...mau harga minyak turun balik kot??..

Cerita kedua plak..bila minyak naik, emas pun naik..he.he.he...kalau berebut2 isi minyak sebelum naik harga, esok lusa abih jugak minyak tu...kalau beli emas sebelum naik harga??....paham2 sahaja lah....salam.

Tips untuk jimat minyak :
1. Kalu suami sebijik keta, isteri sebijik keta, cuba la si suami pergi kerja naik motorsikal..kompom jimat n tak jem!! yang isteri takper, maybe nak angkut anak g umah penjaga ker...
2. Keluarkan segala mak nenek dalam keta tu,...kasut, payung, botol air, toolbox, duit syiling yang segenggam tu, tayar spare (kalau tayar bocor, tepon jer member datang..macam ler tadak kawan.)..kalau nak jalan jauh, masukkan balik...maksudnyer bawak yang perlu jer..
3. Bersihkan keta dari pasir2 yang bertimbun kat alas kaki, tapi pasir tu jangan buang, kumpul..leh wat rumah batu nanti..he.he.he.
4. Setakat pergi kedai depan simpang, g ngan motor jer...kalu boleh, jalan kaki..badan pun sihat. kalau malu, pakai t-shirt, track suit n sneaker...konon2 joging lah tu..he.he.he.
5. Bayar bil online..takyah g bank..
6. Kalau nak ke tempat yang dekat2 dan 2-3 orang jer, naik keta kecik a.k.a kancil (macam saya..)
7. Parking kereta di tempat teduh...bila dah jalan, jangan buka aircond kecuali anda pemandu yang akan mati kalau tak pasang aircond. Tingkap buka sikit jer.
8. Tekanan angin pada ke-empat2 tayar adalah sama dan mesti lebih sedikit dari yang disyorkan (tengok label kat tiang pintu pemandu)...setiap kalu tukar minyak pelincir kereta, tuning kereta dan juga buat alignment serta balancing...
9. Jangan pasang bodykit yang mengarut2 pada kereta anda..dengan lips la, disfuser la..bumper bapak, spoiler ampaian, speaker tong ikan...wat berat kereta jer..bukan grand pun..sure kalah dari keta kedai aksesori..
10. Jangan pergi kerja...kerja dari rumah (online)..ha.ha.ha..gurau jer...

Friday, December 10, 2010

Jangan marah tau!!

Assalamulaikum semua...maafkan saya kerana lambat update blog, maklumlah...minggu nie minggu peperiksaan di institut saya...so memang tiada masa untuk update..ini pun sambil-sambil jer...seperti tajuk diatas..jangan marah tau..(paham2 je lah)..bila minyak RON95 naik, gula naik, so emas pun ikut naik..ha.ha.ha...bestnya..baru jer saya update harga hari tu, kan?..skang dah berapa??..

Monday, November 22, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Pihak blog aidayazid.blogspot.com ingin mengucapkan "Selamat hari Raya AidilAdha" kepada semua pembaca..semoga kita atau sanak saudara mendapat haji yang Mabrur...pasti ada pembaca yang berkesempatan menjalankan ibadat qurban...termasuklah saya. Terpulang kepada anda ingin menjalankan ibadat qurban secara pakej atau kongsi, tapi saya telah memilih kaedah kongsi sebab lebih telus dan jimat. Seekor lembu berharga RM 1600.00 (ni harga kampung bro...), ada tujuh bahagian..jadi kami 7 beradik berbahagi lah untuk membeli seekor lembu, just bayar RM 230.00 satu bahagian. Kebiasaan harga pakej lebih kurang RM 350 - RM 450 pun ada, sebab itu harga siap lapah. Proses penyembelihan dikampung adalah secara gotong royong (dah jimat dah nie..). Dari segi pengagihan daging pulak diuruskan oleh JKK kampung....kesimpulannya, kita dapat lihat lembu itu sendiri, jadi tiada penipuan...sekali gus menambahkan ikatan kekeluargaan dan kejiranan...so, tak susah sebenarnya nak buat ibadah qurban ni...start bulan depan bolehlah saving untuk qurban tahun depan pulak...Insyaallah..

Tuesday, November 2, 2010

Emas naik lagi

Harga Terkini Barang Kemas

Alhamdulillah...lama jugak tak semak harga pasaran barang kemas...tup-tup jer dah naik ke RM 151 segram (barang kemas biasanya mempunyai ketulenan 916 ) ...sebelum raya puasa lepas beli RM 141 segram....dah naik RM 10 segram tanpa berbuat apa-apa...itu yang best kalau melabur dalam emas ni...belum sampai 2 bulan dan naik. Lagi best kalau memang dari dulu dah kumpul emas...teringat masa saya membeli gelang hantaran perkahwinan pada tahun 2006, masa itu emas baru RM 86 segram...berat gelang ialah 21.83 gram  X RM 86 = RM 1879.96....sekarang dah jadi 21.83 gram X RM 151 = RM 3296.33 !!!..dalam masa 4 tahun sahaja telah menunjukkan kenaikan harga sebanyak 57%.... Petua nak beli emas nie..beli masa ada duit, harga tinggi ke, rendah ke, tetap untung...Bulan depan ambil gelang yang saya telah tempah 2 minggu lalu...mujur dah lock harga RM 146...tidak kacau jugak woo...

Monday, November 1, 2010

Program I-Rich 696 diserbu

Satu lagi kelompok skim cepat kaya telah diserbu oleh pihak berkuasa, walaupun masih dalam siasatan, tapi faham-faham la kalau dah kena siasat...Rasanya saya sendiri pernah dapat flyers I-Rich nie, (kalau I-Rich nie guna kaedah kad kredit, betol ler flyres yg saya dapat tu, sebab banyak sangat flyers ajak orang buat duit mudah skang nie) Kaedahnya ialah mohon kad kredit, bayar sejumlah wang pendaftaran, guna kad kredit, dan cari downline. Dalam flyers tu mesti citer fasal dulu susah, keje kilang,...skang dah pakai Honda, BMW, Wish...tangkap gambar depan umah banglow (ada jugak yang tangkap gambar depan rumah contoh!! ) Tangkap gambar sambil pegang duit setebal buku teks sekolah...macam kelakar,kan?.. Anda boleh cari artikel tentang I-Rich 696 dan artikel "kad kredit buat duit" dalam internet..dah banyak dah pun..tapi itu terpulang pada pendapat masing-masing. Kalau anda ingin menambah pendapatan dengan kad kredit, saya ada caranya..nanti saya dedahkan pulak..memang ringkas..tapi kalau nak mohon kad kredit pun kena bayar, pelik ler....cuba g mintak kad kredit kat bank, mana kena bayar duit!!..lebih baik jadi macam saya....bekas pemilik kad kredit...bebas....

Tuesday, October 26, 2010

Maksimakan Akaun ASB

Salam...dah tajuk pun ringkas, sure tuan-tuan dan puan-puan faham tugas kita ni..iaitu memaksimakan akaun Amanah Saham Bumiputera...setakat kajian saya dan rakan-rakan pemikir, pelabur ASB hanya perlukan minima 6 tahun sahaja untuk penuhkan akaun ASB tapi dengan cara yang akan saya terangkan ini. Seperti sedia maklum, akaun ASB hanya boleh dilabur terhad sehingga RM 200,000.00 sahaja. Untuk mencapai tahap minima 6 tahun pelaburan penuhkan ASB ini, anda perlukan modal sebanyak RM140,000.00 dalam akaun...mana nak dapat modal ni?..jawapannya ialah dari pinjaman peribadi...banyak sangat?..lagi banyak labur, lagi banyak dividen..lebih cepat akaun ASB penuh, lebih banyak dividen kita dapat...tak layak pinjam RM140,000.00?...senang sahaja, buat dua pinjaman...suami buat RM70K, isteri buat RM70K, labur dalam satu akaun ASB..dengan RM140K tadi boleh menjana RM 11,200 jika dividen statik 8 % setahun. Bayaran bulanan bagaimana?...andaikan pinjaman RM70K dengan faedah 4.90% selama 15 tahun, bayaran bulanan ialah RM 674.72..setahun baru RM 8096.64...dua orang baru RM 16,193 setahun...ditolak dengan dividen ( RM 16,193 - RM 11,200 = RM 4993 ), bahagi 12 bulan baru RM 416, bahagi dua orang lak baru RM 208..maksudnya RM 208 adalah tambahan paksa untuk mempercepatkan akaun ASB penuh. Jangan risau..duit tu masuk dalam akaun kita jugak, dengan syarat jangan diusik...cuba anda kira begini :

Tahun 1  RM 140,000.00 X 8% = RM 11,200
Tahun 2  RM 151,200.00 X 8% = RM 12,096
Tahun 3  RM 163,296.00 X 8% = RM 13,063
Tahun 4  RM 176,359.00 X 8% = RM 14,108
Tahun 5  RM 190,468.00 X 8% = RM 15,237
Tahun 6  RM 205,705 - RM 200,000 = RM 5,705 ---->>

Di tahap ini, akaun ASB pertama telah penuh, maka buka akaun ASB ke-dua (guna la nama bini ke, anak ke.) dan terus laburkan baki RM 5,705 tadi. Dalam masa yang sama, anda mendapat dividen dari 2 akaun iaitu dividen ASB pertama ( RM200K X 8% = RM16,000) dan dividen akaun ke-dua ( RM 5,705 X 8% = RM 456)..dividen dari akaun ASB pertama terus dilaburkan ke akaun ASB ke-dua..teruskan sampai penuh dan buka akaun ke-tiga pulak...sampai habis bayar pinjaman pun duit ASB 'bekerja sendiri' lagi..ini yang dikatakan "money make money"...lagi panjang tempoh pinjaman, lagi banyak dividen dan untung, sebab lebih kurang bayaran bulanan... bila dah sampai tahap RM600K..baru nak usha rumah..20 - 23 tahun tu sekejap jer,kan?.....tuan-tuan dan puan-puan kira sendiri lah ye!!...

ps:- dengan jumlah RM 200,000.00...seolah-olah anda menyimpan RM 2,777.77 sebulan selama 6 tahun, kan?

Thursday, October 21, 2010

Bajet 2010

Alhamdulillah...Bajet 2010 telah dibentangkan pada jumaat (15/10/2010) lepas...maka terjawablah teka-teki bahawa tiada BONUS bagi kakitangan awam, tetapi diganti dengan imbuhan RM 500 seorang bagi gred 54 ke bawah..apa-apa pun semua kakitangan awam seharusnya bersyukur dengan imbuhan tersebut. Raya Aidilfitri hari tu dah dapat Rm 500, kan??.. Banyak juga kelebihan yang diberi kali ini, salah satunya pinjaman perumahan bagi rumah pertama sebanyak 100%...wow!!..bagi yang masih belum beli rumah, maka tinjau-tinjau lah iklan perumahan yang terkini...kalau boleh cari yang mampu dan dalam kawasan strategik...insyaallah harga rumah akan melambung suatu masa nanti, walaupun anda tidak berniat untuk menjualnya. Saya sendiri pun masih mencari rumah yang sesuai untuk dibeli, tapi sekarang ini tengah "study" teknik maksimumkan ASB dalam masa 8 tahun sahaja,(8 tahun akaun ASB maksimum, selepas itu tak perlu bayar apa-apa, ASB itu yang beranak ) dan kesinambungan teknik ini mampu menjana lebih dari RM 600 ribu dalam masa 23 tahun sahaja tanpa bayaran..bila dah sampai tahap ini baru nak beli rumah cash kot?..ha.ha.ha....nanti saya dedahkan teknik maksimum ASB ini...tunggu ya...

Monday, September 27, 2010

Overlap

Ini lah tajuk pertama yang saya gunakan dalam bahasa Inggeris. Dalam bab ini saya lebih merujuk kepada penstrukturan semula dari segi pinjaman peribadi..kalau kereta atau rumah, umumnya kita menggunakan istilah "refinance".

Andaikan potongan angkasa anda adalah sebanyak RM862 sebulan...anda boleh membuat "overlap" dengan membuat pinjaman peribadi baru dimana kadar bayaran bulanan adalah lebih rendah dari bayaran biasa iaitu RM 862.. Kalau Bank Rakyat memberi kadar faedah 4.90% untuk pinjaman selama 15 tahun bagi pinjaman RM 55,000..anda hanya membayar sebanyak RM 531 sebulan..maka anda jimat RM 331 sebulan (RM 862 - RM 531). Duit pinjaman itu (RM 55K) digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman peribadi yang lain. Ini wajib beb, kalau tidak, anda dikira menambah beban. Lebihan dari baki itu, pandai-pandailah anda menyimpan atau melabur supaya dapat mengatasi faedah 4.90% daripada bank tadi.

Kaedah pengurusan teknik ini antaranya :
1) Lebihan RM 331 tadi boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang kad kredit. Jika kebiasaannya anda membayar lebih kurang RM 200 sebulan..maka tambahlah RM 100-300 dari lebihan duit ini kepada bayaran minima yang biasa anda buat. Anda juga boleh membuat leverage untuk pembayaran kad kredit sementara gaji belum masuk untuk bulan hadapan, jadi tiada lagi caj lewat bayar, Insyaallah kurang dari 2 tahun, hutang kad kredit anda akan langsai dan bolehlah tutup akaun dan bebas. Bila kad kredit dah tak pakai, duit lebihan itu disalurkan terus kedalam ASB...kental..

2) Jika tiada kad kredit, ( ye ke??.) masukkan terus RM 331 tadi kedalam ASB setiap bulan. Jika anda memang mempunyai baki dari RM 55K tadi yang telah dimasukkan dalam ASB pada awalnya, penjimatan RM 331 tadi adalah tambahan setiap bulan kepada ASB anda. Dalam masa 5 tahun sudah cukup untuk membayar faedah 4.90% dari bank tadi. (dengan kadar 4.90% pinjaman Rm55k, anda sebenarnya membayar kepada bank hampir RM96K, tapi ASB menggantikan lebihan bayaran kepada bank itu dengan dividen yang diberi setiap tahun lebih kurang 7%) Dividen ASB dikira berdasarkan baki terendah setiap bulan, jika anda memang ada saham pokok, dividen dikira berdasarkan pokok manakala tambahan akan dikira dari bulan ke bulan. Sekurang-kurangnya, duit ASB boleh dikeluarkan, sedangkan apa yang anda bayar sebanyak RM862 itu memang hangus. Nak lagi kental, gunakan kaedah pemotongan gaji..sebab potongan ASB tidak dikira komitmen!!..duit anda tak berkurangan sebenarnya..dan anda jimatkan masa, petrol dan tiket parking sebab tak perlu beratur di bank atau pejabat pos. ( Jika ada kredit kad dan telah ditutp, di tahap ini, tunai cair masuk kedalam ASB adalah hasil dari lebihan kad kredit (andaikan RM 200 + penjimatan RM 331 = RM 531 / sebulan X 12 bulan X 13 Tahun {sebab 2 tahun ditolak bayar kad kredit} = RM 82,836).

ps:- habis sahaja pinjaman peribadi,  ader RM 82,836 dalam ASB.....best tak?..itu pokok sahaja tu, belum campur dividen!!

3) Nak cantik lagi, keluarkan dividen ASB tu untuk beli barang kemas..he.he.he...lagi menguntungkan..sambil tgk buletin 1.30 pun bleh untung dengan kenaikan emas..kalau setahun sebentuk cincin, 15 tahun dah tak cukup jari isteri kita pakai cincin,kan?...kelmarin kedai emas Wah Chan sms isteri saya memberitahu harga emas telah naik dari RM 141 kepada RM 146 per gram...dah untung RM 5 se gram. Mujur sebelum raya dah buat koleksi, jadi sekarang dah untung. Belum sampai sebulan...kalau setahun?..lima tahun?..sepuluh tahun?? Keuntungan ini bukan pada emas yang kita baru beli, tapi semua emas yang kita simpan...lebih banyak kita simpan, lebih banyak kita untung. Nanti saya ceritakan tambah ASB guna Ar-Rahnu.

4)  Tips terbaik ialah langsaikan hutang yang paling sedikit, bila selesai, lebihan bayaran ditambah pada hutang kedua sedikit...sehingga semua hutang selesai.

Kesimpulannya, jika anda boleh hidup dengan potongan RM 862 sebulan dulu-dulu, pasti anda lebih hidup dengan potongan RM 531 sekarang, kan?..Objektifnya ialah mengurangkan potongan bulanan supaya tidaklah cepat kering selepas gaji. Yang penting, slip gaji akan menjadi selesa kembali. Habis bayar cepat pun tak guna jika bulan - bulan kering.

Ramai kawan-kawan saya yang hampir mencapai 60% potongan gaji telah membuat overlap untuk mengurangkan potongan gaji. Bila potongan kurang, ada harapan untuk buat pinjaman baru / pinjaman rumah.
Dengan cara yang betul, anda hanya membayar sedikit, tapi apa yang anda dapat ialah, kurang/tiada beban / caj lewat bayar kredit kad, penambahan saham ASB, koleksi emas dan keuntungan dari kenaikan harga emas...jadi, fikir-fikirkan lah, semoga kaedah ini membantu anda menguruskan wang anda...Insyaallah.

Monday, September 20, 2010

Duit nak masuk lagi???

Alhamdulillah, tadi baru jer beraya ngan kawan satu ofis...tetiba jer kawan banyak tanya pulak fasal kereta Nissan Grand Livina Impul yang saya beli tahun lepas...kiranya kawan ni ada hati nak beli jugak...so, saya dah deal ngan dealer Nissan Bukit Tinggi untuk datang menilai kereta kawan saya nie. (nak trade in)...insyaallah esok petang maka terjadilah proses penilaian antara saya, kawan dan Nissan...kebiasaannya kalau bawa pembeli (kawan), maka yang orang yang memperkenalkan pembeli (iaitu saya) akan mendapat komisyen, jadi ler, bukan susah pun...call dealer jer set masa dan tempat....aper tunggu lagi, jom g amik no.contact dealer keta kat showroom....

ps:- saya akan update keputusannya nanti bila dah selesai..he..he..

Dukacitanya dimaklumkan bahawa kawan saya tak jadi beli Grand Livina atas dasar kesesuaian penggunaan...setakat berdua suami isteri rasanya tak sesuai  lagi nak pakai Grand Livina kot...so, tak ada lah duit masuk untuk lepas raya ni..he.he.he.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Pertama sekali pihak blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan batin kepada semua pembaca dan pelabur khususnya...semoga Raya tahun ini lebih ceria dari sebelumnya, dalam ertikata lain, lebih "mewah" dari raya tahun lepas....

Thursday, September 2, 2010

Alhamdulillah...dapat rezeki lagi hari ni...

Mula-mula malu nak tulis, takut orang baca kang kata saya nie suka menunjuk....tapi ini ilmu, wajib  dikongsi bersama....Ceritanya begini, saya dan isteri baru sahaja pulang dari Bank XXXXXX, sebab kawan saya (pegawai bank) telah berjanji untuk memberikan imbuhan jika memperkenalkan pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi. Pelanggan baru tu kawan saya dan alhamdulillah, loan beliau tu lepas...duit pun beliau dah dapat...duit saya jer baru dapat tadi...walaupun tak banyak gila, tapi ok la time2 nak raya nie..semalam dah dapat Bonus Kerajaan...hari ni rezeki komisyen bank....harap2 esok dapat lagi duit , duit aper pulak eh??....Amin...jumlah komisyen bergantung pada bank atau pegawai..kekadang tak bagi duit, dapat payung jer...tapi benda free, kan?.....Ini salah satu sumber kewangan yang mudah, jadi, contact2 la pegawai bank yang korang wat personal loan dulu..Mana tahu kot2 bleh deal macam yang saya dapat nie...Insyaallah..(Ni ilmu nie..kena buat tau.)

Wednesday, September 1, 2010

Bonus RM500 Hari Raya Dah Masuk!!!

Sama macam tajuk diatas....duit bonus raya bagi kakitangan kerajaan dah masuk..Alhamdulillah, mujur saya dan isteri ialah kakitangan kerajaan..so dapat ler tambahan RM1000 untuk hari raya nanti...tapi kena beringat, gaji bulan September jatuh pada 23 hb...nak dekat 2 minggu dari raya....so yang mana nak kena bayar kad kredit ontime, bayar sewa rumah, bayar bill, bayar kereta, boleh lah gunakan kaedah Ar-Rahnu...bayar yang memungkinkan anda dikenakan  "late payment charge" tu dulu... masuk gaji jer, tebus balik emas anda...kat situ jer kita dah jimat RM30-RM100 sebulan..cuba check balik bil2 kredit kad dolu2..late payment baper hengget sebulan kena gigit??....betapa kejamnya pihak bank terutama kredit kad charge kita kalau lambat bayar, siap tepon2 lagi..tapi kalau kita bayar on-time, ader bank tepon ucap terima kasih? Pihak luar (bank terutamanya) bertungkus-lumus buat keuntungan dari duit kita..tapi kita pulak bertungkus-lumus kerja n bagi diaorang duit?...so kita kerja untuk bank atau bank kerja untuk kita??..fikir2kan...

"Merdeka" kan Setor Rumah

Selamat Hari Merdeka yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia....apa aktiviti korang semalam?..aktiviti saya sekeluarga ialah mengemas setor. Segala barang yang tak digunakan @ tak sempat digunakan kami asingkan, tambah2 yang boleh dijual ....bunyi macam biasa tapi baca ler sampai abih karang yek..
Untuk dipendekkan cerita,..saya sekeluarga memang kurang minum air masak dari air paip...kami lebih banyak minum air RO Sea Master..so beli sekotak dapat air, botol and kotak, kan?....he.he.he....tapi pernah tak terfikir botol dan kotak tu boleh buat duit??..Kami kumpulkan kotak dan botol, kertas terpakai, flyers2 dari Econsave, Tesco, Megah, surat-surat promosi dari Bonuslink, Bank - bank, kad kredit, bunyi macam kumpul sampah jer, kan??..."somebodies trash is somebodies treasure".."asal barang jadi duit", apa nak kisah??...benda percuma...so semalam dapat ler jual walaupun tak banyak (dalam RM30 gitu), duit tu dapat cover juadah buka poser...Alhamdulillah, kalau sebulan dapat RM30, setahun berapa?? Letak lak dalam ASB, biar beranak-pinak....meh carik duit banyak-banyak meh...selamat mengumpul duit !!..

Botol Plastik dah kemek
Tin Aluminium
yang dah dipenyek2



Pernah dapat sampul free
mcm nie tak?

Segala jenis mak nenek kotak


Penuh Grand Livina Impul saya..hu.hu.hu

Apek tgh timbang..kotak + kertas dapat 7.5 Kg, botol, besi ngan aluminium berapa ntah..he.he.he. Jumlah dekat RM30.00...Alhamdulillah Syukur 

Monday, August 30, 2010

Salam Ramadhan Dan Selamat Hari Raya

Terima kasih kerana sudi singgah kat blog saya ....Kepada anda yang ingin berkongsi ilmu dan teknik bagaimana menguruskan wang dengan bijak, singgah - singgahlah ke blog saya....banyak info berkaitan emas, tunai, pelaburan ASB dan perniagaan yang ingin kami kongsi bersama....ilmu yang diamalkan bagaikan pokok yang berbuah, so makan ler buah sama-sama....Selamat Berilmu dan Selamat Berbuka Puasa..