Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Monday, September 27, 2010

Overlap

Ini lah tajuk pertama yang saya gunakan dalam bahasa Inggeris. Dalam bab ini saya lebih merujuk kepada penstrukturan semula dari segi pinjaman peribadi..kalau kereta atau rumah, umumnya kita menggunakan istilah "refinance".

Andaikan potongan angkasa anda adalah sebanyak RM862 sebulan...anda boleh membuat "overlap" dengan membuat pinjaman peribadi baru dimana kadar bayaran bulanan adalah lebih rendah dari bayaran biasa iaitu RM 862.. Kalau Bank Rakyat memberi kadar faedah 4.90% untuk pinjaman selama 15 tahun bagi pinjaman RM 55,000..anda hanya membayar sebanyak RM 531 sebulan..maka anda jimat RM 331 sebulan (RM 862 - RM 531). Duit pinjaman itu (RM 55K) digunakan untuk melangsaikan baki pinjaman peribadi yang lain. Ini wajib beb, kalau tidak, anda dikira menambah beban. Lebihan dari baki itu, pandai-pandailah anda menyimpan atau melabur supaya dapat mengatasi faedah 4.90% daripada bank tadi.

Kaedah pengurusan teknik ini antaranya :
1) Lebihan RM 331 tadi boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang kad kredit. Jika kebiasaannya anda membayar lebih kurang RM 200 sebulan..maka tambahlah RM 100-300 dari lebihan duit ini kepada bayaran minima yang biasa anda buat. Anda juga boleh membuat leverage untuk pembayaran kad kredit sementara gaji belum masuk untuk bulan hadapan, jadi tiada lagi caj lewat bayar, Insyaallah kurang dari 2 tahun, hutang kad kredit anda akan langsai dan bolehlah tutup akaun dan bebas. Bila kad kredit dah tak pakai, duit lebihan itu disalurkan terus kedalam ASB...kental..

2) Jika tiada kad kredit, ( ye ke??.) masukkan terus RM 331 tadi kedalam ASB setiap bulan. Jika anda memang mempunyai baki dari RM 55K tadi yang telah dimasukkan dalam ASB pada awalnya, penjimatan RM 331 tadi adalah tambahan setiap bulan kepada ASB anda. Dalam masa 5 tahun sudah cukup untuk membayar faedah 4.90% dari bank tadi. (dengan kadar 4.90% pinjaman Rm55k, anda sebenarnya membayar kepada bank hampir RM96K, tapi ASB menggantikan lebihan bayaran kepada bank itu dengan dividen yang diberi setiap tahun lebih kurang 7%) Dividen ASB dikira berdasarkan baki terendah setiap bulan, jika anda memang ada saham pokok, dividen dikira berdasarkan pokok manakala tambahan akan dikira dari bulan ke bulan. Sekurang-kurangnya, duit ASB boleh dikeluarkan, sedangkan apa yang anda bayar sebanyak RM862 itu memang hangus. Nak lagi kental, gunakan kaedah pemotongan gaji..sebab potongan ASB tidak dikira komitmen!!..duit anda tak berkurangan sebenarnya..dan anda jimatkan masa, petrol dan tiket parking sebab tak perlu beratur di bank atau pejabat pos. ( Jika ada kredit kad dan telah ditutp, di tahap ini, tunai cair masuk kedalam ASB adalah hasil dari lebihan kad kredit (andaikan RM 200 + penjimatan RM 331 = RM 531 / sebulan X 12 bulan X 13 Tahun {sebab 2 tahun ditolak bayar kad kredit} = RM 82,836).

ps:- habis sahaja pinjaman peribadi,  ader RM 82,836 dalam ASB.....best tak?..itu pokok sahaja tu, belum campur dividen!!

3) Nak cantik lagi, keluarkan dividen ASB tu untuk beli barang kemas..he.he.he...lagi menguntungkan..sambil tgk buletin 1.30 pun bleh untung dengan kenaikan emas..kalau setahun sebentuk cincin, 15 tahun dah tak cukup jari isteri kita pakai cincin,kan?...kelmarin kedai emas Wah Chan sms isteri saya memberitahu harga emas telah naik dari RM 141 kepada RM 146 per gram...dah untung RM 5 se gram. Mujur sebelum raya dah buat koleksi, jadi sekarang dah untung. Belum sampai sebulan...kalau setahun?..lima tahun?..sepuluh tahun?? Keuntungan ini bukan pada emas yang kita baru beli, tapi semua emas yang kita simpan...lebih banyak kita simpan, lebih banyak kita untung. Nanti saya ceritakan tambah ASB guna Ar-Rahnu.

4)  Tips terbaik ialah langsaikan hutang yang paling sedikit, bila selesai, lebihan bayaran ditambah pada hutang kedua sedikit...sehingga semua hutang selesai.

Kesimpulannya, jika anda boleh hidup dengan potongan RM 862 sebulan dulu-dulu, pasti anda lebih hidup dengan potongan RM 531 sekarang, kan?..Objektifnya ialah mengurangkan potongan bulanan supaya tidaklah cepat kering selepas gaji. Yang penting, slip gaji akan menjadi selesa kembali. Habis bayar cepat pun tak guna jika bulan - bulan kering.

Ramai kawan-kawan saya yang hampir mencapai 60% potongan gaji telah membuat overlap untuk mengurangkan potongan gaji. Bila potongan kurang, ada harapan untuk buat pinjaman baru / pinjaman rumah.
Dengan cara yang betul, anda hanya membayar sedikit, tapi apa yang anda dapat ialah, kurang/tiada beban / caj lewat bayar kredit kad, penambahan saham ASB, koleksi emas dan keuntungan dari kenaikan harga emas...jadi, fikir-fikirkan lah, semoga kaedah ini membantu anda menguruskan wang anda...Insyaallah.

Monday, September 20, 2010

Duit nak masuk lagi???

Alhamdulillah, tadi baru jer beraya ngan kawan satu ofis...tetiba jer kawan banyak tanya pulak fasal kereta Nissan Grand Livina Impul yang saya beli tahun lepas...kiranya kawan ni ada hati nak beli jugak...so, saya dah deal ngan dealer Nissan Bukit Tinggi untuk datang menilai kereta kawan saya nie. (nak trade in)...insyaallah esok petang maka terjadilah proses penilaian antara saya, kawan dan Nissan...kebiasaannya kalau bawa pembeli (kawan), maka yang orang yang memperkenalkan pembeli (iaitu saya) akan mendapat komisyen, jadi ler, bukan susah pun...call dealer jer set masa dan tempat....aper tunggu lagi, jom g amik no.contact dealer keta kat showroom....

ps:- saya akan update keputusannya nanti bila dah selesai..he..he..

Dukacitanya dimaklumkan bahawa kawan saya tak jadi beli Grand Livina atas dasar kesesuaian penggunaan...setakat berdua suami isteri rasanya tak sesuai  lagi nak pakai Grand Livina kot...so, tak ada lah duit masuk untuk lepas raya ni..he.he.he.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Pertama sekali pihak blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan batin kepada semua pembaca dan pelabur khususnya...semoga Raya tahun ini lebih ceria dari sebelumnya, dalam ertikata lain, lebih "mewah" dari raya tahun lepas....

Thursday, September 2, 2010

Alhamdulillah...dapat rezeki lagi hari ni...

Mula-mula malu nak tulis, takut orang baca kang kata saya nie suka menunjuk....tapi ini ilmu, wajib  dikongsi bersama....Ceritanya begini, saya dan isteri baru sahaja pulang dari Bank XXXXXX, sebab kawan saya (pegawai bank) telah berjanji untuk memberikan imbuhan jika memperkenalkan pelanggan yang ingin membuat pinjaman peribadi. Pelanggan baru tu kawan saya dan alhamdulillah, loan beliau tu lepas...duit pun beliau dah dapat...duit saya jer baru dapat tadi...walaupun tak banyak gila, tapi ok la time2 nak raya nie..semalam dah dapat Bonus Kerajaan...hari ni rezeki komisyen bank....harap2 esok dapat lagi duit , duit aper pulak eh??....Amin...jumlah komisyen bergantung pada bank atau pegawai..kekadang tak bagi duit, dapat payung jer...tapi benda free, kan?.....Ini salah satu sumber kewangan yang mudah, jadi, contact2 la pegawai bank yang korang wat personal loan dulu..Mana tahu kot2 bleh deal macam yang saya dapat nie...Insyaallah..(Ni ilmu nie..kena buat tau.)

Wednesday, September 1, 2010

Bonus RM500 Hari Raya Dah Masuk!!!

Sama macam tajuk diatas....duit bonus raya bagi kakitangan kerajaan dah masuk..Alhamdulillah, mujur saya dan isteri ialah kakitangan kerajaan..so dapat ler tambahan RM1000 untuk hari raya nanti...tapi kena beringat, gaji bulan September jatuh pada 23 hb...nak dekat 2 minggu dari raya....so yang mana nak kena bayar kad kredit ontime, bayar sewa rumah, bayar bill, bayar kereta, boleh lah gunakan kaedah Ar-Rahnu...bayar yang memungkinkan anda dikenakan  "late payment charge" tu dulu... masuk gaji jer, tebus balik emas anda...kat situ jer kita dah jimat RM30-RM100 sebulan..cuba check balik bil2 kredit kad dolu2..late payment baper hengget sebulan kena gigit??....betapa kejamnya pihak bank terutama kredit kad charge kita kalau lambat bayar, siap tepon2 lagi..tapi kalau kita bayar on-time, ader bank tepon ucap terima kasih? Pihak luar (bank terutamanya) bertungkus-lumus buat keuntungan dari duit kita..tapi kita pulak bertungkus-lumus kerja n bagi diaorang duit?...so kita kerja untuk bank atau bank kerja untuk kita??..fikir2kan...

"Merdeka" kan Setor Rumah

Selamat Hari Merdeka yang ke-53 kepada semua rakyat Malaysia....apa aktiviti korang semalam?..aktiviti saya sekeluarga ialah mengemas setor. Segala barang yang tak digunakan @ tak sempat digunakan kami asingkan, tambah2 yang boleh dijual ....bunyi macam biasa tapi baca ler sampai abih karang yek..
Untuk dipendekkan cerita,..saya sekeluarga memang kurang minum air masak dari air paip...kami lebih banyak minum air RO Sea Master..so beli sekotak dapat air, botol and kotak, kan?....he.he.he....tapi pernah tak terfikir botol dan kotak tu boleh buat duit??..Kami kumpulkan kotak dan botol, kertas terpakai, flyers2 dari Econsave, Tesco, Megah, surat-surat promosi dari Bonuslink, Bank - bank, kad kredit, bunyi macam kumpul sampah jer, kan??..."somebodies trash is somebodies treasure".."asal barang jadi duit", apa nak kisah??...benda percuma...so semalam dapat ler jual walaupun tak banyak (dalam RM30 gitu), duit tu dapat cover juadah buka poser...Alhamdulillah, kalau sebulan dapat RM30, setahun berapa?? Letak lak dalam ASB, biar beranak-pinak....meh carik duit banyak-banyak meh...selamat mengumpul duit !!..

Botol Plastik dah kemek
Tin Aluminium
yang dah dipenyek2



Pernah dapat sampul free
mcm nie tak?

Segala jenis mak nenek kotak


Penuh Grand Livina Impul saya..hu.hu.hu

Apek tgh timbang..kotak + kertas dapat 7.5 Kg, botol, besi ngan aluminium berapa ntah..he.he.he. Jumlah dekat RM30.00...Alhamdulillah Syukur