Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Thursday, December 15, 2011

Alhamdulillah...Selamat Datang 2012

Assalamualaikum kepada semua pembaca...mcm biasa, lambat lak update blog, sibuk ngan final paper ngan bisnes ayam gunting...skang dah dapat tapak baru di asrama pelajar institut tempat kerja saya..dari segi jualan amat memberangsangkan..minggu pertama sampai minggu ketiga (isnin lepas) stock semua habis...Alhamdulillah, boleh jugak tampung poket sementara nak masuk gaji  + bonus nie..he.he.he..sapa2 yang tengah mencari peluang perniagaan tu, meh jual ayam gunting..memang TERBAIK!!..jumlah sale dari mula meniaga hari dah lebih dari balik modal dah..baru baper bulan bro....(Geng Insurans kawan2 opis, jangan jeles yek..ha.ha.ha)

Baru2 ni k'jaan telah melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia dimana bantuan wang tunai sebanyak RM500.00 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3000.00 kebawah..saya pun apply, kot2 dapat..sebelum tu saya dah claime bantuan persekolahan RM100.00 seorang anak yang bersekolah...alhamdulillah anak ada dua orang..so dapat ler RM200.00..lepas duit keperluan sekolah untuk musim depan..untung betol rakyat Malaysia,kan.

Teringat pula kisah dari buku "Menjejaki Jutawan Senyap" nukilan Chef Li...katanya orang Malaysia sepatutnya kaya, amat rugi jika orang Malaysia tidak kaya kerana banyak peluang untuk menjadi kaya. Ramai orang di Malaysia ni kaya tapi kerja tak glamor...tak caya tanya ler driver lori sampah. Kawan saya ada syarikat kutip sampah, dapat tender ngan majlis daerah...gaji driver lori sampah jer RM3000.00 sebulan!..yang gaji dia ni entah la plak...tapi keje tak glamor la,kan?.. Sama gak ngan keje pasar malam..satu malam untung sampai RM500-RM600..seminggu masuk 5 pasar malam dah RM2500-3000 seminggu, kalu dah sebulan??...jgn terkejut kalau di pasar tani taman saya tu, tokey sayur bawak sayur ngan Toyota Estima jer...(kita tengok pun nak nangis!!)...pesanan beliau dalam buku tu, ada 4 bidang yang kukuh dalam perniagaan iaitu makanan, kesihatan / insurans, lagi dua tak ingat lak..he.he.he..jgn marah...jadi mulakan perniagaan yang kecil, tapi berpanjangan..atau senang citer,untung kecil, tapi hari2 dapat...malu simpan tepi, sebab kalau kita tadak duit, lebih malu sebenarnya.....selamat berniaga..Selamat Tahun Baru 2012..wassalam.

Tuesday, October 25, 2011

Perniagaan Ayam Gunting Telah Bermula.

Assalamualaikum kepada semua pembaca..harap maaf sebab lama tak update blog nie,biasa ler..kerja hakiki..tambahan pula Ayahanda tercinta, Tuan Haji Ahmad Bin Haji Abdul Samad baru sahaja meninggalkan kami pada 18/10/2011 tepat jam 3.14 petang Selasa lepas akibat sakit kanser paru-paru (doktor ler cakap)..mudah2han apra pembaca dapat sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk ayahanda saya...terima kasih....apa2pun, hidup perlu diteruskan...
Straight to da point..perniagaan ayam gunting telah bermula pada 3/10 lepas..bertempat di hadapan rumah jer..lokasi yang agak jauh dari lot2 kedai tidak mendatangan kesan pada kelancaran perniagaan akibat produk yang lain dari yang lain..setakat Jumaat lepas 21/10/2011, hasil jualan telah mencapai RM864.00...sesuatu pencapaian yang amat membanggakan. Jualan tertinggi harian pula pernah mencapai RM160.00...pelanggan saya adalah terdiri daripada anak2 jiran dan juga jiran2 yang boring2 tak tahu nak makan apa..he.he.he...Alhamdulillah sekarang ni dah ada pelanggan tetap...cuma musim hujan 2-3 hari kebelakangan ini memberi kesan sedikit sebanyak dalam hasil jualan, namun masih diatas target jualan harian iaitu RM50.00 keatas sehari...target bulan Oktober ini adalah RM2000..kalau lebih lagi bagus.., yang penting berpanjangan..inilah adat berniaga...ada rezeki tahun depan, keluar ler Kawasaki ER6 kaler putih kot...doa2kan yer..
Nanti saya upload gambor gerai saya..thanks and chow...

Thursday, September 22, 2011

Haipad M7++ sudah mari!!!..





Assalamualaikum semua..diharap semua sihat sejahtera...kali ini saya ingin menunjukkan gajet terbaru yang telah diangkat minggu lepas..iaitu tablet Haipad M7++ atau lebih dikenali sebagai Android China...naper China?..naper tak beli ori??..jap g saya cerita..


Android tablet ini menggunakan processor Cortex A8 yang sama digunakan pada Samsung Galaxy Tab, kira yg ini klon la...Digerakkan oleh Android 2.3 a.k.a Gingerbread serta berbekalkan RAM sebanyak 512Mb DDR2,  paparan skrin tablet amat cantik dan lancar untuk surf internet mahupun main game Angry Birds..smooth giler...tambah2 skrin jenis capacitive ala2 iPad gitu (pakai jari/kulit, bukan pakai kuku/tekan kuat2)..selain itu banyak slot input yang dimasukkan pada tablet ini seperti slot HDMI,  Micro SD dan mini USB...mini USB ni boleh disambungkan dengan modem 3G maxis untuk internet...memang laju,cuma cam pelik sikit sebab modem terjulur...kalau pakai Samsung Galaxy Tab 3G bleh masuk SIM kad.

Antara perkara yang best ttg Haipad ni ialah :
a)  Murah ( RM700 jer siap warranty setahun.)
b) Antara spec tertinggi dalam market. Nak yang murah pun ade, tapi sure lagging.
c) Saiz 7 inchi, rupa macam iphone 4!
d) Slot input banyak..masuk pendrive pon boleh.
e) Skrin memang sensitif...boleh pinch to zoom mcm iPad, tapi lagi laju dari iPad.

Yang tak best nya :

1) Bateri tahan dalam masa 3-4 jam jer...hu.hu.hu.
2) Berat benda alah ni lebih kurang 515 gram (dekat setengah kilo wooo)..
3) Bunyi maksimum pun rasa tak kuat melampau..kira nak layan muzik, kena pakai headphone baru best...
4) Kamera 0.3 Megapixel....setakat bleh tgk je la...
5) G Sensor lari ke kiri (kalau main game racing, kereta asyik belok kiri jer)..

Meh layan gambirnyer...

Muka hadapan dengan theme Launcher standard

Gambar belakang. yang kanan bergaris tu lubang speaker.

Banyak wo slot dia...
 Kesimpulan yang boleh dibuat untuk Haipad M7++ ni ialah ianya tidak lah sebaik Samsung Galaxy Tab dari segi bahan dan keupayaan, tetapi sebahagiannya menandingi Galaxy Tab itu sendiri..tepuk dada, tanya selera....macam Ferarri,mahal2 pon 2 orang jer bleh naik.....salam..

Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum kepada semua pembaca..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada anda semua..blog pon lama tak update, sibuk dengan perniagaan kuih raya..ha.ha.ha..alhamdulillah, menjadi juga tahun ini seperti tahun-tahun dahulu...insyaallah pada bulan hadapan, saya akan memulakan perniagaan Ali's Fried Chiken atau lebih dikenali sebagai Ali's Ayam Gunting...perkakasan dah beli masa bulan puasa...cuma nak mulakan perniagaan jer amik masa sikit..Modal cuma RM3000 untuk gerai, dapur dan perkakasan...bahan mentah kira lain, itu pun mujur kilang pemprosesan ayam terletak berdekatan dengan kawasan rumah, dah jimat petrol dah nak amik stock...ayamnyer cenggini :

Dari segi margin keuntungan adalah 61 % daripada modal..ini pun dah kira besar...lagi satu kelebihannya ialah mudah disediakan, dan pelanggan yang akan cari saya, bukan saya yang kena cari pelanggan...nanti saya akan update gambar stall yang telah dipasang...doakan kejayaan My Crunchy Chiken Enterprise (ni nama sayarikat saya..dah jadik boss skarang wooo!!!)...

Thursday, May 5, 2011

Menuju Puncak...

Tagline berikut tidak ada kena mengena dengan Akademi Fantasia atau Sia-Sia, just nak bagitahu dua perkara jer..

Yang pertama berkenaan harga emas naik lagi...kelmarin FGJAM dah update harga baru emas 916 dari RM162/gram kepada RM167/gram...alhamdulillah..so lepas ni jangan buang masa, ada jer duit, terus g beli emas, insyaallah..kebal dari inflasi. Kalau nak beli dari kedai emas, tawar-menawar sehingga dapat harga bawah dari harga FGJAM.

awal tahun 2011 emas 916 RM141..skang??


Yang kedua, awal bulan April lepas, saya ada notakan harga 20gram emas keping (goldbar) PublicGold dengan harga jual RM3199 sekeping. Hari ini goldbar yang sama PublicGold jual dengan harga RM3349 dan harga beli RM3148.(boleh check di www.publicgold.com.my). Kalau saya beli hari itu dan jual pada PG balik, saya dikira rugi sebab belum cover duit modal, tapi kalau saya jual pada kawan yang nak memiliki goldbar dengan harga semasa PG jual, saya dah untung RM150 dengan hanya menunggu harga emas naik. Best kan?..

yang nie lagi best..

 Disini ada petua kalau nak beli goldbar ke, syiling dinar ke, tapi teknik nie best utk PublicGold dan PublicDinar sebab leh pantau harga realtime online.

1) Cari penjual goldbar/goldcoin (Mudah.my,dll.)
2) Beli dengan harga tinggi sikit dari PG beli balik.Selalunya pemilik goldbar jual sebab nak pakai duit, dan malas nak buat Ar-Rahnu.
3) Simpan goldbar/goldcoin tersebut dan hebahkan pada kawan2 yang anda ada goldbar.
4) Jual dengan harga semasa PG/PD.
5) Anda telah menjadi saudagar emas secara tidak lansung.

Selamat berjaya!!!

Wednesday, April 13, 2011

Cer citer..cer citer..he.he.he.

Assalamualaikum semua..diharap semua pembaca blog aidayazid sihat sejahtera hendaknya. Kebetulan hari ini saya ada kelas pada waktu petang, jadi pagi ni ada masa untuk mencoret sedikit hal-hal kewangan yang terbaru..
Malam tadi semasa anak sibuk nak tengok Upin dan Ipin kat pc, terdetik nak check harga emas FGJAM..sebab Sabtu lepas saya ambil subang yang di tempah di sebuah kedai emas di Melaka..masa tu harga di dinding kedai menunjukkan emas 916 pada kadar RM153 berbanding Jumaat lepas pada kadar RM157, kira turun sedikit..tengok-tengok jer malam tadi dah jadik RM162..ini adalah perkembangan yang sihat..kalau tahu nak naik lagi, sabtu lepas beli lagi rantai atau gelang..he.he.he..
ngeh..ngeh..ngeh..

Lagi satu nak citer nie..semalam g Maybank, tukar kad ATM biasa kepada Maybank Debit Visa kad (mentang2lah dah tanak pakai kredit kad!!)..caj nak tukar kad ATM biasa kepada kad Visa Debit ni cuma RM 12 sahaja...tak sampai sejam dah siap dan terus boleh pakai. Antara kelebihan kad Debit Visa ni ialah :

a) Caj tahunan cuma RM8 sahaja berbanding kad kredit.

b) Kalau ada duit, baru bleh seret..kalau kad kredit, seret jer...jadi perbelanjaan terkawal.

c) Tak perlu lagi nak ke ATM untuk keluarkan duit tunai kalau nak g shopping, tambah2 kat kompleks membeli belah besar2.Dulu kalau kad ATM biasa tu kena tanya dulu kat kaunter samada diterima @ tidak..tapi kad Debit ini adalah keturunan Visa, so accepted hampir dimana2.

Ni contoh kad, yang ni bukan saya punya yer..


 Jadi, pakat2 buang kad kredit dan gunakan kad debit....semoga bahagia selalu...Salam..

Tuesday, March 29, 2011

Nak melabur ker nak melebur??

Assalamualaikum semua..rasa lama sangat saya tak update blog nie...minta maaf banyak-banyak sebab sibuk dengan kelas dan tugasan harian, kebetulan minggu ini adalah minggu cuti semester bagi institut saya, so ada la masa sedikit nak buat post baru..he.he.he...

Ikut tajuk kita pada hari ini ialah "Nak melabur ke nak melebur??"...ceritanya begini, normally kad kredit akan mengenakan caj sebanyak 18% setahun dari jumlah yang kita hutang, manakala pelaburan ASB pula hanya memberikan pulangan sebanyak 7% setahun...jadi daripada melabur ASB untuk mendapatkan 7% setahun, lebih baik keluarkan duit ASB untuk langsaikan hutang kad kredit (kalau boleh tutup lagi bagus.) Disini sahaja anda telah berjimat banyak...so, bila kad kredit yang dah setel (atau dah tutup), duit yang biasa dibayar untuk kad kredit tu jangan lupa masukkan dalam ASB...jangan sayang sangat duit ASB tu, sebab kita bayar pada kredit kad lebih banyak daripada kita dapat dari dividen ASB...jadi, setelkan hutang, baru kumpul harta..kita tak boleh buat 2 perkara dalam satu masa..mudah-mudahan teknik ini dapat membantu kawan-kawan yang rasa duit banyak dalam ASB, tapi hutang kad kredit tak habis2...sehingga berjumpa lagi..salam..

Monday, January 31, 2011

Buat koleksi emas...lagi..

Alhamdulillah..percaturan tahun 2011 nie nampaknya menjadi..bila saya menyambung main "kutu" dengan kawan2 ofis, tapi saya memang akan minta giliran awal tahun, sebab bleh untung dari kenaikan harga emas...Jumaat minggu lepas,dapat lah RM1100...hari Sabtu terus pergi Wah Chan dekat Mydin Mall dekat USJ sana tuh..sebab memang selalu beli di kedai sana..tolak gelang lama 2 urat, amik 2 urat gelang baru + cincin sebentuk = RM1090...masa beli tu saya tak perasan harga pasaran emas dah turun sikit dari RM157 kepada RM151...tapi takper, sebab ramai pemikir pelaburan emas memang ada cakap, dekat Tahun Baru Cina memang turun ( taktau sebab apa)..tapi lepas ni naik balik...harap2 macam tu ler...projeknya saya tambah koleksi emas nie sebab nak masuk Ar-Rahnu Bank Rakyat..nak buat cover insuran kereta Grand Livina dengan beli steam iron...insyaallah, percaturannya begini :

1) Tukar duit kutu kepada emas.(Harga emas yang baru beli ni dah jadi lebih kurang RM2100.)
2) Masuk ar-rahnu, dapatlah dalam RM1200 lebih kurang.( Saya nak guna RM1200 jer)
3) Beli steam iron berharga RM160
4) Baki standby untuk insuran Grand Livina bulan April nanti.

Kesimpulannya:-
a) saya ada koleksi emas.
b) Insuran Grand Livina tersedia.
c) Steam Iron pun dapat dimiliki.
d) Keuntungan dari kenaikan harga emas semasa.

Seolah2 saya membayar bulan2 dengan faedah yang sangat kecil...mana ada orang bayar insuran kereta bayar bulan2?...kalau ada pun dapat insuran sahaja..tapi saya dapat macam2 woo....

ps- lepas ni nak wat beli iPad lak..ha.ha.ha.

Friday, January 28, 2011

Hasil Tabungan Setahun

Selonggok bro....
Assalamualaikum semua...maaf sebab lama sangat tak updated blog..bz dengan kerja harian..he.he...mengikut tajuk kali ini, sebenarnya saya ialah insan yang tak suka bawa duit syiling...kalau dah pecah duit, sure duit syiling akan masuk tabung...dikumpul dari Januari 2010 sehingga Disember 2010, dapat lah RM 85.50...jadi, mulakan menabung secara "tak sengaja" dari sekarang!!!

Friday, January 7, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua...rasanya belum terlambat saya mengucapkan Selamat tahun Baru..maklumlah,sibuk dengan pengambilan pelajar baru di Institut pengajian saya ni..ini pun masih berlansung Minggu Silaturahim...sempena  kedatangan tahun baru ini, pihak blog aidayazid ingin mengucap selamat maju jaya kepada semua pembaca, semoga tercapai segala yang telah diidamkan pada tahun lepas..disamping menanam azam baru untuk tahun 2011...kalau ada projek2 baru yang boleh dikongsi bersama, bolehlah dikemukakan kepada saya...semoga jumpa lagi, saya nak buat list target tahun 2011 plak..he.he.he..Assalamualaikum..