Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Thursday, September 22, 2011

Haipad M7++ sudah mari!!!..





Assalamualaikum semua..diharap semua sihat sejahtera...kali ini saya ingin menunjukkan gajet terbaru yang telah diangkat minggu lepas..iaitu tablet Haipad M7++ atau lebih dikenali sebagai Android China...naper China?..naper tak beli ori??..jap g saya cerita..


Android tablet ini menggunakan processor Cortex A8 yang sama digunakan pada Samsung Galaxy Tab, kira yg ini klon la...Digerakkan oleh Android 2.3 a.k.a Gingerbread serta berbekalkan RAM sebanyak 512Mb DDR2,  paparan skrin tablet amat cantik dan lancar untuk surf internet mahupun main game Angry Birds..smooth giler...tambah2 skrin jenis capacitive ala2 iPad gitu (pakai jari/kulit, bukan pakai kuku/tekan kuat2)..selain itu banyak slot input yang dimasukkan pada tablet ini seperti slot HDMI,  Micro SD dan mini USB...mini USB ni boleh disambungkan dengan modem 3G maxis untuk internet...memang laju,cuma cam pelik sikit sebab modem terjulur...kalau pakai Samsung Galaxy Tab 3G bleh masuk SIM kad.

Antara perkara yang best ttg Haipad ni ialah :
a)  Murah ( RM700 jer siap warranty setahun.)
b) Antara spec tertinggi dalam market. Nak yang murah pun ade, tapi sure lagging.
c) Saiz 7 inchi, rupa macam iphone 4!
d) Slot input banyak..masuk pendrive pon boleh.
e) Skrin memang sensitif...boleh pinch to zoom mcm iPad, tapi lagi laju dari iPad.

Yang tak best nya :

1) Bateri tahan dalam masa 3-4 jam jer...hu.hu.hu.
2) Berat benda alah ni lebih kurang 515 gram (dekat setengah kilo wooo)..
3) Bunyi maksimum pun rasa tak kuat melampau..kira nak layan muzik, kena pakai headphone baru best...
4) Kamera 0.3 Megapixel....setakat bleh tgk je la...
5) G Sensor lari ke kiri (kalau main game racing, kereta asyik belok kiri jer)..

Meh layan gambirnyer...

Muka hadapan dengan theme Launcher standard

Gambar belakang. yang kanan bergaris tu lubang speaker.

Banyak wo slot dia...
 Kesimpulan yang boleh dibuat untuk Haipad M7++ ni ialah ianya tidak lah sebaik Samsung Galaxy Tab dari segi bahan dan keupayaan, tetapi sebahagiannya menandingi Galaxy Tab itu sendiri..tepuk dada, tanya selera....macam Ferarri,mahal2 pon 2 orang jer bleh naik.....salam..

Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum kepada semua pembaca..terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada anda semua..blog pon lama tak update, sibuk dengan perniagaan kuih raya..ha.ha.ha..alhamdulillah, menjadi juga tahun ini seperti tahun-tahun dahulu...insyaallah pada bulan hadapan, saya akan memulakan perniagaan Ali's Fried Chiken atau lebih dikenali sebagai Ali's Ayam Gunting...perkakasan dah beli masa bulan puasa...cuma nak mulakan perniagaan jer amik masa sikit..Modal cuma RM3000 untuk gerai, dapur dan perkakasan...bahan mentah kira lain, itu pun mujur kilang pemprosesan ayam terletak berdekatan dengan kawasan rumah, dah jimat petrol dah nak amik stock...ayamnyer cenggini :

Dari segi margin keuntungan adalah 61 % daripada modal..ini pun dah kira besar...lagi satu kelebihannya ialah mudah disediakan, dan pelanggan yang akan cari saya, bukan saya yang kena cari pelanggan...nanti saya akan update gambar stall yang telah dipasang...doakan kejayaan My Crunchy Chiken Enterprise (ni nama sayarikat saya..dah jadik boss skarang wooo!!!)...