Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Thursday, December 15, 2011

Alhamdulillah...Selamat Datang 2012

Assalamualaikum kepada semua pembaca...mcm biasa, lambat lak update blog, sibuk ngan final paper ngan bisnes ayam gunting...skang dah dapat tapak baru di asrama pelajar institut tempat kerja saya..dari segi jualan amat memberangsangkan..minggu pertama sampai minggu ketiga (isnin lepas) stock semua habis...Alhamdulillah, boleh jugak tampung poket sementara nak masuk gaji  + bonus nie..he.he.he..sapa2 yang tengah mencari peluang perniagaan tu, meh jual ayam gunting..memang TERBAIK!!..jumlah sale dari mula meniaga hari dah lebih dari balik modal dah..baru baper bulan bro....(Geng Insurans kawan2 opis, jangan jeles yek..ha.ha.ha)

Baru2 ni k'jaan telah melancarkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia dimana bantuan wang tunai sebanyak RM500.00 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3000.00 kebawah..saya pun apply, kot2 dapat..sebelum tu saya dah claime bantuan persekolahan RM100.00 seorang anak yang bersekolah...alhamdulillah anak ada dua orang..so dapat ler RM200.00..lepas duit keperluan sekolah untuk musim depan..untung betol rakyat Malaysia,kan.

Teringat pula kisah dari buku "Menjejaki Jutawan Senyap" nukilan Chef Li...katanya orang Malaysia sepatutnya kaya, amat rugi jika orang Malaysia tidak kaya kerana banyak peluang untuk menjadi kaya. Ramai orang di Malaysia ni kaya tapi kerja tak glamor...tak caya tanya ler driver lori sampah. Kawan saya ada syarikat kutip sampah, dapat tender ngan majlis daerah...gaji driver lori sampah jer RM3000.00 sebulan!..yang gaji dia ni entah la plak...tapi keje tak glamor la,kan?.. Sama gak ngan keje pasar malam..satu malam untung sampai RM500-RM600..seminggu masuk 5 pasar malam dah RM2500-3000 seminggu, kalu dah sebulan??...jgn terkejut kalau di pasar tani taman saya tu, tokey sayur bawak sayur ngan Toyota Estima jer...(kita tengok pun nak nangis!!)...pesanan beliau dalam buku tu, ada 4 bidang yang kukuh dalam perniagaan iaitu makanan, kesihatan / insurans, lagi dua tak ingat lak..he.he.he..jgn marah...jadi mulakan perniagaan yang kecil, tapi berpanjangan..atau senang citer,untung kecil, tapi hari2 dapat...malu simpan tepi, sebab kalau kita tadak duit, lebih malu sebenarnya.....selamat berniaga..Selamat Tahun Baru 2012..wassalam.

1 comment:

  1. " Jika anda lahir miskin dan jahil, itu bukan kesalahan anda.... jika anda mati miskin dan jahil. Itu kesalahan anda.

    ReplyDelete