Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Tuesday, March 29, 2011

Nak melabur ker nak melebur??

Assalamualaikum semua..rasa lama sangat saya tak update blog nie...minta maaf banyak-banyak sebab sibuk dengan kelas dan tugasan harian, kebetulan minggu ini adalah minggu cuti semester bagi institut saya, so ada la masa sedikit nak buat post baru..he.he.he...

Ikut tajuk kita pada hari ini ialah "Nak melabur ke nak melebur??"...ceritanya begini, normally kad kredit akan mengenakan caj sebanyak 18% setahun dari jumlah yang kita hutang, manakala pelaburan ASB pula hanya memberikan pulangan sebanyak 7% setahun...jadi daripada melabur ASB untuk mendapatkan 7% setahun, lebih baik keluarkan duit ASB untuk langsaikan hutang kad kredit (kalau boleh tutup lagi bagus.) Disini sahaja anda telah berjimat banyak...so, bila kad kredit yang dah setel (atau dah tutup), duit yang biasa dibayar untuk kad kredit tu jangan lupa masukkan dalam ASB...jangan sayang sangat duit ASB tu, sebab kita bayar pada kredit kad lebih banyak daripada kita dapat dari dividen ASB...jadi, setelkan hutang, baru kumpul harta..kita tak boleh buat 2 perkara dalam satu masa..mudah-mudahan teknik ini dapat membantu kawan-kawan yang rasa duit banyak dalam ASB, tapi hutang kad kredit tak habis2...sehingga berjumpa lagi..salam..