Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Wednesday, April 13, 2011

Cer citer..cer citer..he.he.he.

Assalamualaikum semua..diharap semua pembaca blog aidayazid sihat sejahtera hendaknya. Kebetulan hari ini saya ada kelas pada waktu petang, jadi pagi ni ada masa untuk mencoret sedikit hal-hal kewangan yang terbaru..
Malam tadi semasa anak sibuk nak tengok Upin dan Ipin kat pc, terdetik nak check harga emas FGJAM..sebab Sabtu lepas saya ambil subang yang di tempah di sebuah kedai emas di Melaka..masa tu harga di dinding kedai menunjukkan emas 916 pada kadar RM153 berbanding Jumaat lepas pada kadar RM157, kira turun sedikit..tengok-tengok jer malam tadi dah jadik RM162..ini adalah perkembangan yang sihat..kalau tahu nak naik lagi, sabtu lepas beli lagi rantai atau gelang..he.he.he..
ngeh..ngeh..ngeh..

Lagi satu nak citer nie..semalam g Maybank, tukar kad ATM biasa kepada Maybank Debit Visa kad (mentang2lah dah tanak pakai kredit kad!!)..caj nak tukar kad ATM biasa kepada kad Visa Debit ni cuma RM 12 sahaja...tak sampai sejam dah siap dan terus boleh pakai. Antara kelebihan kad Debit Visa ni ialah :

a) Caj tahunan cuma RM8 sahaja berbanding kad kredit.

b) Kalau ada duit, baru bleh seret..kalau kad kredit, seret jer...jadi perbelanjaan terkawal.

c) Tak perlu lagi nak ke ATM untuk keluarkan duit tunai kalau nak g shopping, tambah2 kat kompleks membeli belah besar2.Dulu kalau kad ATM biasa tu kena tanya dulu kat kaunter samada diterima @ tidak..tapi kad Debit ini adalah keturunan Visa, so accepted hampir dimana2.

Ni contoh kad, yang ni bukan saya punya yer..


 Jadi, pakat2 buang kad kredit dan gunakan kad debit....semoga bahagia selalu...Salam..