Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Thursday, May 5, 2011

Menuju Puncak...

Tagline berikut tidak ada kena mengena dengan Akademi Fantasia atau Sia-Sia, just nak bagitahu dua perkara jer..

Yang pertama berkenaan harga emas naik lagi...kelmarin FGJAM dah update harga baru emas 916 dari RM162/gram kepada RM167/gram...alhamdulillah..so lepas ni jangan buang masa, ada jer duit, terus g beli emas, insyaallah..kebal dari inflasi. Kalau nak beli dari kedai emas, tawar-menawar sehingga dapat harga bawah dari harga FGJAM.

awal tahun 2011 emas 916 RM141..skang??


Yang kedua, awal bulan April lepas, saya ada notakan harga 20gram emas keping (goldbar) PublicGold dengan harga jual RM3199 sekeping. Hari ini goldbar yang sama PublicGold jual dengan harga RM3349 dan harga beli RM3148.(boleh check di www.publicgold.com.my). Kalau saya beli hari itu dan jual pada PG balik, saya dikira rugi sebab belum cover duit modal, tapi kalau saya jual pada kawan yang nak memiliki goldbar dengan harga semasa PG jual, saya dah untung RM150 dengan hanya menunggu harga emas naik. Best kan?..

yang nie lagi best..

 Disini ada petua kalau nak beli goldbar ke, syiling dinar ke, tapi teknik nie best utk PublicGold dan PublicDinar sebab leh pantau harga realtime online.

1) Cari penjual goldbar/goldcoin (Mudah.my,dll.)
2) Beli dengan harga tinggi sikit dari PG beli balik.Selalunya pemilik goldbar jual sebab nak pakai duit, dan malas nak buat Ar-Rahnu.
3) Simpan goldbar/goldcoin tersebut dan hebahkan pada kawan2 yang anda ada goldbar.
4) Jual dengan harga semasa PG/PD.
5) Anda telah menjadi saudagar emas secara tidak lansung.

Selamat berjaya!!!