Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Monday, July 1, 2013

Marhaban Ya Ramadhan

         Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...sedar tak sedar, Bulan Rejab dah abih, Bulan Syaaban pon dah nak abih...minggu depan dah nak masuk Bulan Ramadhan...it's time to make money!!!!!...seperti biasa saya telah menempah tapak bazaar ramadhan di taman perumahan saya, dengan startegi "menumpang pelanggan"....cemana tu?..meh stori-mori sikit..strategi menumpang pelanggan ni ialah dimana saya menumpang khemah bazaar dengan peniaga lain yang lebih besar "market" nyer...contoh begini...saya meminta pertolongan abang Hanif dan kak Emy (nama sebenar) untuk menumpang nama beliau dalam booking dan pemilihan tapak. Biasanyer beliau akan menempah 2 tapak bazaar, jadi saya minta beliau apply satu lagi tapak menjadi tiga tapak, jadi beliau guna 2 tapak, saya guna satu tapak...secara otomatisnya...kami akan berjiran!!..oleh kerana Abg Hanif dan Kak Emy tu mmg tauke kedai makan, so memang penduduk taman kenal dan akan berkunjung di tapak niaga beliau...dari situ orang ramai akan nampak produk jualan saya (takkan tak nampak kot, sebelah je pon....dah tu?...beli la...: P )....diharap strategi ini menjadi seperti tahun lepas kerana Abg Hanif ngan Kak Emy mmg jiran niaga pon masa bazaar dulu..Kebetulan sedara ngan kawan Mama Aida...kira boleh kaw tim lah...
         Final topic...rumah yang dibeli di Kelambu Heights (nama bagi sedap dengar...ha.ha.ha.) dah hampir 90% siap...kawan ada gak beli kat situ, cakap bulan September ni siap.....adoi, goyang jugak ni...takkan nak masuk rumah cuci kaki jer...sure nak reno itu, ini...duit ada, tapi orang jenis saya ni dalam bank ada RM 2-3K pon masih resah gelisah...harap2 untung bazaar + untung kerusi = reno rumah....hurm..hingga jumpa lagi..ni nak bersiap g Batu pahat...kursus....best woo..sebab boleh CLAIME !!...hahahaha..
Wassalam..