Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Thursday, March 13, 2014

Dah bulan Mac...penat

Assalamualaikum dan salam sejahtera....sejak awal tahun hingga hari ini, kerja hakiki sebagai seorang pengajar terlalu banyak sehingga tiada masa untuk mengemaskini blog ini...saya mohon maaf jika tidak berkesempatan membalas email tuan2 dan puan2..di sini saya ringkaskan apa yang terjadi pada saya dan MYCC Enterprise..

1) Berikutan kerosakan dapur goreng ayam, perniagaan ayam gunting dihentikan (tak pasti sementara waktu atau selamanya..huhuhu). Masalahnya pihak pembekal tidak menjual dapur itu sahaja, kalau nak beli, kena beli pakej sekali and it's almost RM3500 (harga sekarang)..Berikutan kadar penjualan yang makin menurun dan juga harga ayam gunting yang perlu diselaraskan kepada RM6.50 sekeping membuatkan pelanggan mula berfikir 2 kali untuk membeli. Penat gak buka gerai kalau sehari dapat jual 3 keping jer..huhu..so better stop for a while to focus another bizz...

2) Anakanda yang sulung telah berjaya mendapat 4A 1B dalam peperiksaan UPSR tahun lepas, maka tahun ini dah masuk sekolah menengah....bila sekolah menengah, sesi petang. Yang bongsu pulak dah masuk Pra-sekolah 5 tahun..jadi bergilir2 lah ambil dan hantar anak.....usia saya banyak dihabiskan di dalam kerata kancil yang semakin menunjukkan simptom2 tidak sihat....penat dowh..!..

3) Rumah baru yang di beli dianggarkan siap diduduki pada hujung bulan ini (Mac), maka kena berhabis pulak untuk buat Grille, lampu/kipas dan sebagainya...mau 2k-3k jugak nak pakai....gaji yang ada telah dicantas untuk bayaran rumah sedangkan rumah belum siap. Kerajaan telah mengubah sistem dimana kalau dulu, beli rumah dah siap dapat kunci, baru potongan gaji dijalankan..skang tidak lagi...pahat tengah berbunyi, gaji dah cantas...mujur duit kerusi boleh back-up..rasa cukup2 jer...duit minyak kereta lagi,...harap2 ngam2 ujung bulan 4 dah boleh masuk rumah baru, save RM300 dari bayar duit rumah sewa...skang ni selang-seli naik motor Kriss 14 tahun tu wat g hantar anak...best gak,RM6 tahan seminggu..hehe

4) Masih dalam perancangan membeli motorsikal baru,Khamis lepas siap bawa Mama Aida g Easy One Bikers Kota Kemuning untuk melihat fizikal Keeway Tx200..malangnya makhluk ala2 scramler tu takdak...yang ada Nimota Ranger X7 ngan Nimota CK9R....Ranger tu bapak tinggi, tak sampai walau sebelah kaki, maklum ler..saya ni shady jer..yang CK9R tu cantek...thanks to Atikah, sales person yang peramah dan pemilik CK9R sendiri..macam2 soalan saya tanya dari segi penggunaan minyak, sparepart dan sebagainya..boleh masuk didalam senarai motor idaman...sekarang tengah mengintai Demak DZM 200 yang di salin dari model UM Xtreet 200...cantik gak,..nak tau rupa cemana,g jenguk mudah.my.....

5) 15hb 3 adalah hari latihan untuk hapgred lesen kepada B Full....so Sabtu ni gi latihan bawak virago 535...ujian ngan JPJ pada 20/3 (Khamis)..doakan saya berjaya dalam ujian tersebut dan memiliki lesen B Full...boleh bawak superbike walaupon xbeli motor lagi..hehehe..

itu lah tadi sedikit laporan berkaitan saya dan MYCC...hingga jumpa lagi...panjatkan doa utk penumpang pesawat MH370 masih misteri...assalamualaikum