Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Friday, December 30, 2016

Good Bye 2016, Welcome 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...macam biasa , saya mohon maaf sebab lama tak hapdet..biasa ler, hujung2 tahun nie busy..tapi apa2 pun saya nak hapdet untuk kali terakhir sebelum kita menerjah ke tahun 2017 yang makin mencabar ni.

1. Perniagaan aiskrim choki2 terlajak laku..sampai hari2 kena buat. masalah yang timbul ialah pemilihan peti ais yang kurang sesuai..kalau nak buat aiskrim / air batu, pilih peti ais jenis ada air batu yg menempel kat dinding ruang beku tu (cemana nak cakap ek??)..kalau pakai peti ais yang cool blower tu, memang lambat nak beku. Kes saya ni, malam letak dalam peti ais, kekadang esok petang baru betul2 beku. itu pun bergantung pada kuantiti batang aiskrim yang dimasukkan. So sapa2 yang nak mula berniaga aiskrim choki2 / aiskrim Malaysia, pastikan peti ais anda adalah sesuai. Sekarang ni student tengah cuti, jadi stop dulu.

2. Pada 20/11, isteri saya telah mengalami kemalangan motorsikal sehingga dimasukkan ke dalam ward kerana patah tulang selangka. Kos ward dan pembedahan untuk memasukkan besi adalah RM 17400.25 ( Ringgit Malaysia Tujuh Belas Ribu Empat Ratus dan Dua Puluh Lima Sen Sahaja). Yer..anda tak salah baca dan saya tak salah tulis. Ini kos rawatan di KPJ Klang.😄..Alhamdulillah, mujur ada Prudential....pihak insuran menanggung lebih kurang RM16000 dan baki adalah tanggungan saya. Di sini terbuktilah betapa bergunanya insuran sebab kita tidak tahu "bila" kita akan mengalami kesusahan. Jadi yang belum ada insuran, saya cadangkan beli insuran.

3. Disebabkan isteri tengah cuti sakit di rumah, maka banyak masa terluang. Dia dengan bosannya terus "termasuk" dalam group Whatsapps jualan di sekitar Banting ini. Tetiba rezeki bergolek, ada yang sudi menawarkan perniagaan dropship telekung dan juga tudung. Malam tadi sahaja dapat ambil stok dan hantar terus pada pembeli. Alhamdulillah..sakit2 pon duit masyuk. Kalau ada yang nak lihat contoh tudung2 lawa macam Neelofar atau telekung solat, boleh Whatapps Pn. Aida 013-6024698 untuk gambar.

4.Anak sulung berjaya merangkul 10A dalam PT3..huhu..Alhamdulillah.

5. Sempena akhir tahun ni, saya sebagai blogger aidayazid memohon maaf jika terdapat salah dan silap didalam perkongsian ilmu dan pengetahuan dalam blog alam maya ini. Semoga tahun baru 2017 akan memberikan satu sinar baru kepada kita semua Amin. Saya juga dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang emas pulak. In sha Allah, tahun depan saya hapdet.

Selamat Tahun Baru 2017