Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Tuesday, May 21, 2013

Stop b4 it's too late

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua pembaca blog aidayazid, semoga semakin kaya hendaknya..saja letak tajuk English, namun ceritanya masih berbahasa Melayu...begini ceritanya.:

Setelah beberapa minggu berniaga 2 hari seminggu di asrama institut, apa yang dapat saya rumuskan berdasarkan kajian dan analisis graf keuntungan ialah keuntungan berniaga 2 hari seminggu = 1 hari seminggu !!!
Bagaimana boleh berlaku? Baca laporan seterusnya.

Berikut adalah rumusan daripada analisis yang telah dibuat.
a) Apabila wujudnya jualan hari Khamis, pembeli @ pelajar tidak terburu-buru untuk membeli pada hari Isnin dengan alasan "ala,khamis pun boleh beli lagi".

b) Jualan pada hari Khamis sedikit disebabkan wujudnya Pasar Tani berdekatan institut yang dijalankan pada hari Rabu.

c)  Apabila tiba hari Khamis, hanya sebahagian pembeli @ pelajar yang membeli kerana sebahagian lagi mungkin menyimpan duit untuk pulang ke kampung pada esok hari (Jumaat)

Untuk memulihkan kadar keuntungan mingguan, MYCC telah menghentikan jualan pada hari Khamis, jadi jualan hanya pada hari Isnin (seminggu sekali jer). Semalam saya sempat buat hebahan, maka kesannya jualan pada malam tadi laris seperti biasa..kerana wujudnya "panic buyer" yang tidak dapat membuat pembelian pada hari Khamis. Situasi ini sama seperti malam ketika harga minyak petrol hendak naik harga dimana ramai pengguna berpusu-pusu untuk mengisi minyak, hakikatnya semua orang tahu minyak itu tidak akan bertahan selamanya didalam tangki, kenapa sibuk nak beli masa tu? Kaedah ini yang saya gunakan dan hasilnya......stock ayam dan hotdog habis sebelum jam 10.00 malam...Syukur Alhamdulillah kerana berbaloi overtime 3 jam setengah sahaja seminggu. :P