Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Monday, July 1, 2013

Marhaban Ya Ramadhan

         Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...sedar tak sedar, Bulan Rejab dah abih, Bulan Syaaban pon dah nak abih...minggu depan dah nak masuk Bulan Ramadhan...it's time to make money!!!!!...seperti biasa saya telah menempah tapak bazaar ramadhan di taman perumahan saya, dengan startegi "menumpang pelanggan"....cemana tu?..meh stori-mori sikit..strategi menumpang pelanggan ni ialah dimana saya menumpang khemah bazaar dengan peniaga lain yang lebih besar "market" nyer...contoh begini...saya meminta pertolongan abang Hanif dan kak Emy (nama sebenar) untuk menumpang nama beliau dalam booking dan pemilihan tapak. Biasanyer beliau akan menempah 2 tapak bazaar, jadi saya minta beliau apply satu lagi tapak menjadi tiga tapak, jadi beliau guna 2 tapak, saya guna satu tapak...secara otomatisnya...kami akan berjiran!!..oleh kerana Abg Hanif dan Kak Emy tu mmg tauke kedai makan, so memang penduduk taman kenal dan akan berkunjung di tapak niaga beliau...dari situ orang ramai akan nampak produk jualan saya (takkan tak nampak kot, sebelah je pon....dah tu?...beli la...: P )....diharap strategi ini menjadi seperti tahun lepas kerana Abg Hanif ngan Kak Emy mmg jiran niaga pon masa bazaar dulu..Kebetulan sedara ngan kawan Mama Aida...kira boleh kaw tim lah...
         Final topic...rumah yang dibeli di Kelambu Heights (nama bagi sedap dengar...ha.ha.ha.) dah hampir 90% siap...kawan ada gak beli kat situ, cakap bulan September ni siap.....adoi, goyang jugak ni...takkan nak masuk rumah cuci kaki jer...sure nak reno itu, ini...duit ada, tapi orang jenis saya ni dalam bank ada RM 2-3K pon masih resah gelisah...harap2 untung bazaar + untung kerusi = reno rumah....hurm..hingga jumpa lagi..ni nak bersiap g Batu pahat...kursus....best woo..sebab boleh CLAIME !!...hahahaha..
Wassalam..

Tuesday, May 21, 2013

Stop b4 it's too late

Assalamualaikum dan salam sejahtera, kepada semua pembaca blog aidayazid, semoga semakin kaya hendaknya..saja letak tajuk English, namun ceritanya masih berbahasa Melayu...begini ceritanya.:

Setelah beberapa minggu berniaga 2 hari seminggu di asrama institut, apa yang dapat saya rumuskan berdasarkan kajian dan analisis graf keuntungan ialah keuntungan berniaga 2 hari seminggu = 1 hari seminggu !!!
Bagaimana boleh berlaku? Baca laporan seterusnya.

Berikut adalah rumusan daripada analisis yang telah dibuat.
a) Apabila wujudnya jualan hari Khamis, pembeli @ pelajar tidak terburu-buru untuk membeli pada hari Isnin dengan alasan "ala,khamis pun boleh beli lagi".

b) Jualan pada hari Khamis sedikit disebabkan wujudnya Pasar Tani berdekatan institut yang dijalankan pada hari Rabu.

c)  Apabila tiba hari Khamis, hanya sebahagian pembeli @ pelajar yang membeli kerana sebahagian lagi mungkin menyimpan duit untuk pulang ke kampung pada esok hari (Jumaat)

Untuk memulihkan kadar keuntungan mingguan, MYCC telah menghentikan jualan pada hari Khamis, jadi jualan hanya pada hari Isnin (seminggu sekali jer). Semalam saya sempat buat hebahan, maka kesannya jualan pada malam tadi laris seperti biasa..kerana wujudnya "panic buyer" yang tidak dapat membuat pembelian pada hari Khamis. Situasi ini sama seperti malam ketika harga minyak petrol hendak naik harga dimana ramai pengguna berpusu-pusu untuk mengisi minyak, hakikatnya semua orang tahu minyak itu tidak akan bertahan selamanya didalam tangki, kenapa sibuk nak beli masa tu? Kaedah ini yang saya gunakan dan hasilnya......stock ayam dan hotdog habis sebelum jam 10.00 malam...Syukur Alhamdulillah kerana berbaloi overtime 3 jam setengah sahaja seminggu. :P

Wednesday, April 17, 2013

Sibuknya adoyai

assalamualaikum dan salam sejahtera....sari berita penting...keh 3x...hari ni baru sempat update, mmg 2-3 menjak ni sibuk mengalahkan ahli Parlimen nak bertanding...meh saya update sikit2:

1) Alhamdulillah, saya dapat kebenaran untuk berniaga SETIAP HARI di hadapan surau Institut saya ni, tapi mmg tak logik la nak berniaga setiap hari, mau bengkok badan...so saya ambil keputusan untuk berniaga pada hari Isnin dan Khamis sahaja buat masa nie...Insyaallah kalau ada rezeki beli lori pasar malam tu, boleh la berniaga setiap hari. Masalah yang timbul hanya untuk kemas barang/ angkat barang keluar masuk kereta jer....Grand Livina tu jangan cakap la, calar + minyak tumpah + tepung goreng ayam = SEDIH !!!...apa nak buat, at least beli kereta tu ada gak hasil..dari beli tapi dok bawah bumbung jer..

2) Lagi 2 bulan , student nak final exam...silibus tak abih lagi..ujian tak settle lagi...kelas penuh hari-hari dari 8.00 pagi sampai 5.00 petang...bayangkan ler, sehari dikira 5 slot (1 slot = 1 jam 30 minit), seminggu hanya ada 3 slot jer yg free..nama jer free, tapi keje lain kena buat jugak...aset, 5S, portfolio, kokurikulum, innovasi dan dokumentasi yang sepatutnyer tahap2 kerani jer buat...pe hal aku plak nak kena buat??...buat masa ni saya memang DOWN dari segi motivasi kerja opis hour nie..better kerja sendiri..be your own BOSS...
mcm sedara saya, elok2 ada diploma, last2 jadi nelayan...nampak takder kelas,..tapi duit mantap bro..he.he.he..lauk kat rumah pon lepas..

4) Rumah yang saya beli tahun lepas nampak gayanyer dah dekat2 nak siap...atap genting sudah susun..harap2 tahun depan boleh dok rumah sendiri..boleh kembangkan bisness sebab nak buka stall burger depan rumah baru..kang lambat2 ada yg potong  line plak!!...tapi sebelum duduk kena ubahsuai rumah. Duit lagi !!...so start saving from now...

ok kelas...jumpa lagi esok lusa....assalamualaikum

Tuesday, February 5, 2013

Kronologi perniagaan aidayazid

Assalamualaikum dan salam sejahtera..saja jer nak senaraikan perniagaan yang pernah dijalankan oleh kami (aidayazid) sepanjang hidup..hehehe..
1. Ayam Gunting
2. Kerusi Urut.
3. Barangan Avon
4. Jeli kelapa (dulu)
5. Ikan Belanak Masin
6. Kuih Tiram
7. Jus Monavie (dah tak buat...)
8. Chocollagen dan Coklat Minda

banyak jugak cabang yek..he.he.he..senang citer, asal barang boleh jadi duit..BUAT JER!!!...

Thursday, January 17, 2013

Kredit Celcom Hilang!!!!!

    Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..mudah2han semua pembaca sihat dan dirahmati Allah selalu..hari ni nak wat entry fasal kredit Celcom ilang cenggitu jer..perkara ni dah 2 kali dah terjadi, kali pertama 2 minggu lepas, dimana saya top up RM30,..beli data plan Blackberry bernilai RM25..so baki RM5 la,kan?..matematik mudah je pun..bila dah ada data plan nie, asyik WhatsApp je la, mana pakai SMS lagi..pastu tak lama saya dapat SMS dari Celcom mengatakan baki kredit kurang dari RM3..bila check baki tinggal RM0.85 jer..Aik??..call tidak,SMS tidak..mana hilangnyer??..takper, saya biarkan dulu.
    Sabtu lepas 12 Januari saya topup lagi RM10, mana tau kot2 kecemasan sebab Sabtu lepas saya pergi kutip duit kerusi urut...dipendekkan cerita hari tu memang rileks, so mmg tak buat call..SMS ada la sikit..so Selasa lepas (15 Januari) pukul 5.45 petang, saya dapat lagi satu SMS dari Celcom mengatakan baki kredit saya kurang dari RM3..bila check dah tinggal RM1.96...adoi!!!!...sapa lak rembat kredit aku nie???..malam tu jugak call Celcom 1111, bercakap dengan Cik Fazilah yang ramah berkaitan kehilangan kredit..setelah pengesahan dibuat menggunakan nama, IC dan alamat pendaftaran telefon,..saya dimaklumkan bahawa saya telah melanggan 2 perkhidmatan berbayar dari RTM dan satu lagi Video Lucu..
Bila plak saya langgan menatang alah ni?..terus saya minta Cik Fazilah batalkan langganan..pembatalan berkuatkuasa 24 jam dari laporan. jadi mlm tadi bila call balik Celcom, pembatalan telah selesai..rupanya banyak third-party scam berleluasa merembat kredit, tak caya cuba google!!...so kalau sapa2 yg pernah terjadi mcm saya, better call Celcom..kalau setakat dapat SMS, just reply STOP ALL dan hantar balik mengikut gateway tu, contoh 38666...Alhamdulillah..boleh topup balik...

Pesanan kepada semua pembaca..kalau anda mendapat panggilan dari mana2 pihak, bank ke, insurans ke untuk buat kemaskini nama,ic atau alamat..jangan terus bagi!!!...minta pemanggil tu BACAKAN maklumat tu dahulu..kalau betul baru mengaku..bahaya woo..orang senang2 je nak amik duit kita...Renung-renungkan....