Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Monday, July 1, 2013

Marhaban Ya Ramadhan

         Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua...sedar tak sedar, Bulan Rejab dah abih, Bulan Syaaban pon dah nak abih...minggu depan dah nak masuk Bulan Ramadhan...it's time to make money!!!!!...seperti biasa saya telah menempah tapak bazaar ramadhan di taman perumahan saya, dengan startegi "menumpang pelanggan"....cemana tu?..meh stori-mori sikit..strategi menumpang pelanggan ni ialah dimana saya menumpang khemah bazaar dengan peniaga lain yang lebih besar "market" nyer...contoh begini...saya meminta pertolongan abang Hanif dan kak Emy (nama sebenar) untuk menumpang nama beliau dalam booking dan pemilihan tapak. Biasanyer beliau akan menempah 2 tapak bazaar, jadi saya minta beliau apply satu lagi tapak menjadi tiga tapak, jadi beliau guna 2 tapak, saya guna satu tapak...secara otomatisnya...kami akan berjiran!!..oleh kerana Abg Hanif dan Kak Emy tu mmg tauke kedai makan, so memang penduduk taman kenal dan akan berkunjung di tapak niaga beliau...dari situ orang ramai akan nampak produk jualan saya (takkan tak nampak kot, sebelah je pon....dah tu?...beli la...: P )....diharap strategi ini menjadi seperti tahun lepas kerana Abg Hanif ngan Kak Emy mmg jiran niaga pon masa bazaar dulu..Kebetulan sedara ngan kawan Mama Aida...kira boleh kaw tim lah...
         Final topic...rumah yang dibeli di Kelambu Heights (nama bagi sedap dengar...ha.ha.ha.) dah hampir 90% siap...kawan ada gak beli kat situ, cakap bulan September ni siap.....adoi, goyang jugak ni...takkan nak masuk rumah cuci kaki jer...sure nak reno itu, ini...duit ada, tapi orang jenis saya ni dalam bank ada RM 2-3K pon masih resah gelisah...harap2 untung bazaar + untung kerusi = reno rumah....hurm..hingga jumpa lagi..ni nak bersiap g Batu pahat...kursus....best woo..sebab boleh CLAIME !!...hahahaha..
Wassalam..

3 comments:

  1. Salam Aidilfitri...
    Semoga Anda Kaya & Berjaya...
    Boleh kongsikan dengan saya di mana nak dapatkan kerusi urut berbayar? kalau boleh dekat dengan Perak or Kedah...
    Letak kerusi urut di bazar power letrik dp dr sumber mana..?
    Tak rosak ker kerusi tu jika selalu on off suis dia..?
    tq..hope sudi share

    ReplyDelete
  2. Salam...sy nk tny, perniagaan kerusi urut ni perlu ada lesen perniagaan x..? perlu mohon kt mana ye jika perlu..? tq

    ReplyDelete
  3. Wsalam ksham87,..maaf lambat sangat reply..bz sangat dengan kerja hakiki..sebelum tu saya ingin mengucapkan terima kasih sebab baca blog saya yg tak sebebrapa ni...biar saya jawab soalan dari tuan dahulu..
    Kerusi urut ni saya beli dari sebuah syarikat di Kuala Lumpur, cuma syarikat itu maybe dah tiada, saya sarankan tuan cari dari www.mudah.my,tapi banyak di KL...ada penjual dari syarikat mahupun individu..cuma saranan saya pastikan pakej yang tuan mahukan itu jelas seperti lokasi disediakan atau tuan yang perlu cari lokasi sendiri...saya sendiri penat berhempas pulas mencari lokasi sebab nak fight dengan pengeluar kerusi yang lebih "berkuasa"..he.he.he...harga juga tidak tetap, ada yang bawah RM10k sebuah hingga RM17k...pilih yang terbaik untuk tuan sebab bukan semua orang mampu menjalankan bisnes vending sebegini...
    Kalau di bazaar seperti UpTown ke, selalunya pihak urusetia akan sediakan paling kurang 1 electric point,saya rasa tak ada masalah kalau nak letak di tempat macam tu.
    Kerusi urut ni suisnya memang kena pasang ON sentiasa...cuma berfungsi kalau duit dimasukkan. Dari segi maintenance tak mahal lah pada saya,..part paling mahal ialah motherboard yang berharga lebih kurang RM300 lebih jer. Kalau risau, cari penjual yang menyediakan technical support dan jaminan.
    Dari segi lesen pula bergantung kepada lokasi yang tuan dapat...mcm saya tidak ada sebarang lesen (Majlis Bandaraya/Perbandaran/Daerah ) diperlukan kerana beroperasi dalam bangunan private, kalau tuan pohon tapak di shopping complex seperti Giant contohnya, lesen diperlukan tetapi biasanya diuruskan oleh agent tapak (leasing agent/organizer)...lesen perniagaan yang SSM tu xperlu, tapi lebih baik ada..
    Sebarang soalan boleh diajukan pada email saya aidayazid iaitu myccenterprise@gmail.com

    ReplyDelete