Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Friday, December 30, 2016

Good Bye 2016, Welcome 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...macam biasa , saya mohon maaf sebab lama tak hapdet..biasa ler, hujung2 tahun nie busy..tapi apa2 pun saya nak hapdet untuk kali terakhir sebelum kita menerjah ke tahun 2017 yang makin mencabar ni.

1. Perniagaan aiskrim choki2 terlajak laku..sampai hari2 kena buat. masalah yang timbul ialah pemilihan peti ais yang kurang sesuai..kalau nak buat aiskrim / air batu, pilih peti ais jenis ada air batu yg menempel kat dinding ruang beku tu (cemana nak cakap ek??)..kalau pakai peti ais yang cool blower tu, memang lambat nak beku. Kes saya ni, malam letak dalam peti ais, kekadang esok petang baru betul2 beku. itu pun bergantung pada kuantiti batang aiskrim yang dimasukkan. So sapa2 yang nak mula berniaga aiskrim choki2 / aiskrim Malaysia, pastikan peti ais anda adalah sesuai. Sekarang ni student tengah cuti, jadi stop dulu.

2. Pada 20/11, isteri saya telah mengalami kemalangan motorsikal sehingga dimasukkan ke dalam ward kerana patah tulang selangka. Kos ward dan pembedahan untuk memasukkan besi adalah RM 17400.25 ( Ringgit Malaysia Tujuh Belas Ribu Empat Ratus dan Dua Puluh Lima Sen Sahaja). Yer..anda tak salah baca dan saya tak salah tulis. Ini kos rawatan di KPJ Klang.😄..Alhamdulillah, mujur ada Prudential....pihak insuran menanggung lebih kurang RM16000 dan baki adalah tanggungan saya. Di sini terbuktilah betapa bergunanya insuran sebab kita tidak tahu "bila" kita akan mengalami kesusahan. Jadi yang belum ada insuran, saya cadangkan beli insuran.

3. Disebabkan isteri tengah cuti sakit di rumah, maka banyak masa terluang. Dia dengan bosannya terus "termasuk" dalam group Whatsapps jualan di sekitar Banting ini. Tetiba rezeki bergolek, ada yang sudi menawarkan perniagaan dropship telekung dan juga tudung. Malam tadi sahaja dapat ambil stok dan hantar terus pada pembeli. Alhamdulillah..sakit2 pon duit masyuk. Kalau ada yang nak lihat contoh tudung2 lawa macam Neelofar atau telekung solat, boleh Whatapps Pn. Aida 013-6024698 untuk gambar.

4.Anak sulung berjaya merangkul 10A dalam PT3..huhu..Alhamdulillah.

5. Sempena akhir tahun ni, saya sebagai blogger aidayazid memohon maaf jika terdapat salah dan silap didalam perkongsian ilmu dan pengetahuan dalam blog alam maya ini. Semoga tahun baru 2017 akan memberikan satu sinar baru kepada kita semua Amin. Saya juga dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan dalam bidang emas pulak. In sha Allah, tahun depan saya hapdet.

Selamat Tahun Baru 2017

Wednesday, September 7, 2016

salam kembali

Assalamualaikum semua...saya mohon maaf sebab lama sangat menyepi..haha..terlupa yg saya ada blog rupanya....walaupun tak ramai baca,tapi ada ler jugak yg singgah2...ok, kali ni nak bgtau yang saya dah start balik bisnes walaupun aritu cakap tanak wat bisnes utk tahun 2016 ni..maklum ler...dasar usahawan ni memang tak reti duduk diam..hehehe..bisnes yang paling ringkas, modal kecil dan target sediaada..iaitu...bisnes Aiskrim Malaysia Perisa Choki-Choki..mesti semua tau bagaimana ghupenya benda alah ni...disamping boleh menjana pendapatan walau tak banyak, anak kat rumah pun seronok dapat kad Boboiboy...kalau saya tengah gelek choki2 tu..datang ler dia congok dok tepi..tunggu kad choki2..hehehe..alhamdulillah, setakat ni paling banyak saya dapat jual sehari ialah 85 batang..dan tak pernah tak habis jual..kalau sehari dapat jual at least 30 batang, hasil jualan RM15 (sebatang rm0.50 je)..kalau seminggu dah RM75..sebulan dah RM300..lagi banyak jual,lagi banyak untung...ingat,biar untung kecik, tapi selalu....nampak simple..tapi memang simple..alhamdulillah, aiskrim ni senang jual..duit senang cair...bila time abih kerja jer, seronok kira duit kertas ngan syiling..dan duit "sentiasa" ada kat tangan..takyah risau2 dah..

Cara buat senang je..Google..:) cuma teknik je lain2..ada yang lurutkan coklat choki2 tu, tapi saya gelek pakai kayu bulat canai doh roti tu...kalau nak siapkan setakat 40 batang tu amik masa 20 minit je berbanding lurutkan pakai belakang sudu...

Apa2pon..bisnes kecik ni boleh jadi besar kalau target kita besar...pelanggan saya cuma student2 saya je..kalau niaga depan sekolah lagi le mantap...so, sapa2 yg masih mencari idea nak bisnes mudah & murah..boleh cuba jual Aiskrim Malaysia...kalau pandai wat perisa lain lagi bagus, saya cuma buat choki2 je sebab 1 opis ni ada 3 tokey aiskrim malaysia..mujur department lain2...kalau korang boleh jual kat opis,,letak dalam tong putih..tepi letak tabung..tinggalkan kat pantry...abih kerja, amik duit..

Ok semua..selamat berniaga..jangan lupa bersedekah..Wassalam...