Kata-kata Hikmah Bulanan

"kita adalah apa yang kita fikirkan..dan apa yang kita tentukan...."

Tuesday, October 26, 2010

Maksimakan Akaun ASB

Salam...dah tajuk pun ringkas, sure tuan-tuan dan puan-puan faham tugas kita ni..iaitu memaksimakan akaun Amanah Saham Bumiputera...setakat kajian saya dan rakan-rakan pemikir, pelabur ASB hanya perlukan minima 6 tahun sahaja untuk penuhkan akaun ASB tapi dengan cara yang akan saya terangkan ini. Seperti sedia maklum, akaun ASB hanya boleh dilabur terhad sehingga RM 200,000.00 sahaja. Untuk mencapai tahap minima 6 tahun pelaburan penuhkan ASB ini, anda perlukan modal sebanyak RM140,000.00 dalam akaun...mana nak dapat modal ni?..jawapannya ialah dari pinjaman peribadi...banyak sangat?..lagi banyak labur, lagi banyak dividen..lebih cepat akaun ASB penuh, lebih banyak dividen kita dapat...tak layak pinjam RM140,000.00?...senang sahaja, buat dua pinjaman...suami buat RM70K, isteri buat RM70K, labur dalam satu akaun ASB..dengan RM140K tadi boleh menjana RM 11,200 jika dividen statik 8 % setahun. Bayaran bulanan bagaimana?...andaikan pinjaman RM70K dengan faedah 4.90% selama 15 tahun, bayaran bulanan ialah RM 674.72..setahun baru RM 8096.64...dua orang baru RM 16,193 setahun...ditolak dengan dividen ( RM 16,193 - RM 11,200 = RM 4993 ), bahagi 12 bulan baru RM 416, bahagi dua orang lak baru RM 208..maksudnya RM 208 adalah tambahan paksa untuk mempercepatkan akaun ASB penuh. Jangan risau..duit tu masuk dalam akaun kita jugak, dengan syarat jangan diusik...cuba anda kira begini :

Tahun 1  RM 140,000.00 X 8% = RM 11,200
Tahun 2  RM 151,200.00 X 8% = RM 12,096
Tahun 3  RM 163,296.00 X 8% = RM 13,063
Tahun 4  RM 176,359.00 X 8% = RM 14,108
Tahun 5  RM 190,468.00 X 8% = RM 15,237
Tahun 6  RM 205,705 - RM 200,000 = RM 5,705 ---->>

Di tahap ini, akaun ASB pertama telah penuh, maka buka akaun ASB ke-dua (guna la nama bini ke, anak ke.) dan terus laburkan baki RM 5,705 tadi. Dalam masa yang sama, anda mendapat dividen dari 2 akaun iaitu dividen ASB pertama ( RM200K X 8% = RM16,000) dan dividen akaun ke-dua ( RM 5,705 X 8% = RM 456)..dividen dari akaun ASB pertama terus dilaburkan ke akaun ASB ke-dua..teruskan sampai penuh dan buka akaun ke-tiga pulak...sampai habis bayar pinjaman pun duit ASB 'bekerja sendiri' lagi..ini yang dikatakan "money make money"...lagi panjang tempoh pinjaman, lagi banyak dividen dan untung, sebab lebih kurang bayaran bulanan... bila dah sampai tahap RM600K..baru nak usha rumah..20 - 23 tahun tu sekejap jer,kan?.....tuan-tuan dan puan-puan kira sendiri lah ye!!...

ps:- dengan jumlah RM 200,000.00...seolah-olah anda menyimpan RM 2,777.77 sebulan selama 6 tahun, kan?

9 comments:

  1. Salam tuan..yang mana lagi bagus antara pinjaman peribadi pelaburan ASB dengan pinjaman pelaburan ASB yang sekarang ni banyak bank tawarkan tu..

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya kedua-duanya bagus, cuma yang lebih praktikal ialah pinjaman peribadi pelaburan ASB..antara sebab2nya :

    1)Faedah tetap.(Jika pinjaman pelaburan ASB, anda terikat dengan kadar BLR yang berubah2)

    2)Mudah cair.(Pinjaman pelaburan ASB dalam bentuk sijil, malah bank yang pegang sijil tu.)

    3)Buku ASB boleh dijadikan support document.(Jika pinjaman pelaburan ASB, ia masih dikira pinjaman, malah baki dalam buku akaun hanyalah dividen tahunan sahaja yang boleh cair.Bayangkan nak buat loan rumah RM250K tapi lampirkan buku akaun ASB yang ada RM140K dalam tu, agak2 lulus tak loan??)
    Ini hanya pandangan saya, harap maklum.

    ReplyDelete
  3. Bagaimana pula dengan risiko berbanding pinjaman pelaburan ASB dari bank2 kerana skim ini ada perlindungan insuran? pinjaman peribadi tiada insuran setahu saya.tolong jelaskan.

    ReplyDelete
  4. Memang pinjaman pelaburan ASb dari bank dilindungi insuran, tetapi jika pinjaman peribadi, dalam masa 6-7 tahun, dividen ASB baki pokok ini sudah cukup untuk menampung bayaran bulanan. Jadi jika peminjam mengalami kecelakaan contohnya kematian, dividen pokok ASB itu sendiri sebenarnya cukup untuk membayar bulanan pinjaman peribadi. Jika tahun ini buat pinjaman, tahun depan kematian pun masih mampu menampung lebih kurang 55% dari bayaran bulanan pinjaman. Malahan sekarang ini, pinjaman dari Bank Rakyat juga menawarkan perlindungan insuran takaful kepada peminjam. Sila rujuk pihak bank untuk lebih penjelasan.

    ReplyDelete
  5. Salam Tuan.
    Tak silap saya, seseorang tu boleh ada LEBIH daripada RM200K dalam satu akaun ASB, asalkan yang atas RM200K tu adalah dividen+bonus sahaja. Dalam ertikata lain, kalau biarkan duit dalam akaun pertama ASB pun tak apa. Tak perlu keluarkan dividen+bonus untuk transfer kepada akaun ASB yang lain. Biar duit RM200K tu sendiri beranak-pinak di dalam akaun pertama ASB. Money makes money.

    ReplyDelete
  6. Eh, saya tulis "Tuan", sepatutnya "Puan". Maaf tang situ.

    ReplyDelete
  7. tuan maaf bertanya, saya ada asb financial 70k sahaja, boleh kah saya apply lagi selepas ada 1pinjaman

    ReplyDelete
  8. tuan maaf bertanya, saya ada asb financial 70k sahaja, boleh kah saya apply lagi selepas ada 1pinjaman

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete